RAMAI PULA MARAH AKU KEMPEN JANGAN SEMBAH ULAMA’, ULAMA’ BUKAN NABI DAN ULAMA’ BOLEH DIKRITIK..

R

Rilex, jangan marah-marah. Ini wall aku, kau tak suka, kau ada pilihan untuk tak baca, unfriend, unfollow atau block aje aku. Aku dengan pandangan dan pendirian aku. Kau dengan pandangan dan pendirian kau di wall kau.

Aku tahu apa yang aku tulis. Pandangn aku ini pun bukan baru datang dari aku. Berkurun dah. Korang je baru kenal aku, nak suruh aku ikut pandangan kau pula. Sorry, aku kekal dengan pendirian dan pandangan aku. Kau tak suka, nak tulis sebaliknya? Jangan biarkan wall kau kosong. Tulis di wall kau. 😉

Aku baru teringat, SCRUT juga pernah mengkritik “Lebai Recond” iaitu spisis salesman kereta recond yang pakai kopiah tapi jual kereta sampah dengan harga kereta grade 5. Lepas tu guna hujah agama bila kantoi bawa masuk kereta accident.

Rujuk sini :

https://blog.scrut.my/lebai-recond-jangan-jual-dan-tunggan…/

Tapi kan, kalau korang betul-betul mengaji. Quran telah hina ulama’ lebih dahsyat lagi. Quran sebut, ulama’ ibarat anjing dan keldai. Bukan aku yang kata, Allah yang kata dalam Quran.

Rujuk sini :

https://blog.scrut.my/ulama-disamakan-dengan-anjing-bukank…/

Jadi korang tak payah nak defensif sangat. Kalau ulama’ korang itu baik, wara’ dan ‘alim. Baguslah. Tapi mereka tidak maksum, boleh salah dan boleh dikritik. Jangan takut untuk mengkritik mereka.

Sebab itu, kau dan aku perlu berilmu. Supaya kau dan aku tidak boleh ditipu. Ditipu oleh sesiapa saja. Lebai, ustaz mahupun ulama’. Politikus, penceramah dan penulis. Bila kau ada ilmu, ilmu itu akan jadi penapis untuk kau menapis yang mana benar, yang mana salah. Tanpa ketaksuban dan bias terhadap mana-mana pihak.

Ingat pesan aku, ulama’ bukan Nabi. Jangan sembah ulama’. Ulama’ boleh dikritik. Kritik ulama’ tidak berdosa!

#HEILB40!
#JANGANSEMBAHULAMAK
#ULAMAKBUKANNABI

Gambar arkib dari :

https://www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/495183/amp

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.