Korang boleh baca balik susah payah dia lawan sampai naik turun tribunal. Kereta dia habis barai. Kena ugut dan ancam. Dia guna nama Jungle Man untuk merekodkan kisah suka duka dia.
Aku rasa dah sampai masanya kerja callmen ini dikawalselia supaya ianya menjadi pekerjaan yang profesional dan dihormati kerana aku percaya bukan semua longkai atau call bermasalah. Ramai yang baik dan ikhlas. Tidak berlagak samseng dan menipu.
12 bahagian guru ini tulis. Bahagian ke 13 sudah tiada. Mungkin telah disaman dan dikenakan injunksi. Anyway, bagus untuk masyarakat faham. Sangat epik! Rasanya boleh buat documentary..