RAYA PERTAMA ADALAH HARI MENONTON SARKIS!

R

Bila terkenang hari raya zaman aku kanak-kanak, memang takda apa pun nak ingat sangat. Tapi sebab otak aku jenis melekat ingatan. Jadi aku tak lupa. Sebagai keluarga perantau yang miskin, tak balik kampung beraya adalah biasa.

Orang lain kampung dekat-dekat, memang boleh balik beraya, aku kampung jauh. Maka perlukan kos yang tinggi. Nak balik kampung kena repair kereta, takkan balik tangan kosong, duit minyak. Gaji bapa aku time tu pun RM400 je kot.

Dulu aku tak faham. Sedihlah, orang lain duit raya ratus-ratus sebab balik kampung, pakcik makcik bagi. Aku duit raya RM30 je, itu pun merata pusing 5-6 kampung kutip 20 sen 1 rumah. End up, aku malas beraya. La ni aku fahamlah, tak balik kampung sebab takda duit, nak tumpu hal pendidikan. Bapa aku memang tak berkira bab beli buku.

Jadi sebab itu aku takda feeling sangat raya-raya ni. Masa dekat Australia dulu, hari raya pun aku kerja. Even sekarang ni pun kalau hari raya perlukan aku travel sebab kerja, aku ok je tinggal family dan raya sendiri masa kerja.

Jiwa kental ini telah dididik dari kecil barangkali. Aku juga mendidik keluarga kecil aku untuk sekental aku. Raya is raya, no heart feeling. Aku sentiasa didik isteri-isteri aku dan anak-anak aku yang aku anytime boleh pergi. Diorang kena get ready, steady dan berdikari.

Disebabkan jarang balik kampung, aku bukanlah cucu atau anak saudara favourite. Duit raya aku biasanya lagi sikit dibanding dengan cousin-cousin aku yang lain. Aku pernah memberontak dengan mengatakan pakcik dan makcik aku berat sebelah dan tidak adil.

Akhirnya, aku tidak disukai mereka. Dipanggil berperangai Cina, tamak dan macam-macam lagi. Korang nampak tak? Dari kecil lagi aku dah fight! Kah kah kah! Disebabkan hal itulah, aku jadi rougue dalam keluarga besar atok aku. Aku rebel, aku malas ambil port dah.

Aku lagi value friendship aku dengan sahabat-sahabat aku. Kalau balik kampung pun, aku duduk sorang-sorang je. Siapa tegur aku, aku jawab. Tak tegur, aku wat taktau. Aku sedar diri. Sekarang ni, barulah 2,3 kerat saudara mara datang mengaku saudara tanya khabar bagai.

Bila dah besar dan matang. Aku takdalah berdendam pun, tapi aku positif. Aku jadi kuat disebabkan tekanan-tekanan zaman kanak-kanak dulu. Tapi kalau cousin-cousin aku datang cari aku, memang aku akan nganjing baliklah.

Yelah, lepas atok dan opah aku mati, barulah diorang tahu siapa penyamun sebenar, siapa tamak dan siapa pencuri. Harta pusaka sampai hari ini ada pakcik penyamun yang control. Taknak faraid. Allahul musta’an..

Aku dah kasi warning dekat cousin-cousin aku, once bapa aku meninggal, aku akan datang tuntut, walaupun 10 sen! Get ready untuk kita masuk court ramai-ramai. Aku tau ada cousin-cousin aku yang follow wall aku ni. Please let your dad knows la. Ni Aliff tau..

Anyway, pagi raya aku zaman kanak-kanak sangat simple, lepas subuh, makan rendang, ketupat, then pergi solat raya. Balik solat raya, salam-salam. Then terbongkang depan TV.

Korang tau tengok apa? Tengok sarkis! Ngangalah kami adik beradik tengok sarkis. Lepas tengah hari barulah ada filem, Bayangan Maut, Hindustan Bobby, Sembilu, etc.

Raya first semua orang raya dengan saudara mara. Takkan aku nak terjah rumah orang. Raya ke-2 barulah aku terjah rumah budak-budak kampung. Petang-petang, dah pergi memancing dekat parit atau tali air.

Cukup RM5 collection duit raya, naik prebet sapu pergi Kangaq, makan Kentucky dengan kawan-kawan yang sama-sama miskin macam aku. Yang penting, baju Crocokids tuck in beli dekat Looking Good Kangar.

Aku tak pernah tengok sarkis walaupun dapat tiket free setiap tahun tengok Royal London Circus. Top student ma! Dapat tiket free lah. Tapi bapa aku tak bawa pergi pun. Mak aku kata haram. Takpalah, hari raya aku tengok kat tv je.

Sampai hari ni aku tak faham, apa relevan tv tayang sarkis di pagi raya. Itulah realiti zaman tiada gajet, tiada internet dan hidup susah. Oh lupa, aku pernah ambil upah cuci pinggan dekat rumah penghulu masa raya ke-3. Rumah dia ramai orang datang kan, anak-anak balik dari Kolumpo, mana nak kotor tangan.

Dapatlah RM2 upah!

Harapnya tahun ni korang tak boleh balik kampung tu bukalah RTM, mana tau ada sarkis!

😜

#HEILB40M40

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.