REFUND! MAKA TAK JADI SCAM? BENARKAH? WALLAHU’ALAM..

R

Sebagai mana yang dinyatakan oleh founder Si Rashid semalam, mereka juga terima aduan tentang masalah kutipan dana awam dan projek-projek yang dibuat oleh admin seorang lagi menggunakan platform page Si Rashid. Mereka berlepas diri dari masalah tersebut.

Admin seorang lagi telah mengeluarkan kenyataan yang projek itik telah tersontot. Dan dia sedang refund perlahan-lahan. Terdelay sebab due to covid job construction takda sangat. Pelik pula, kata main saham, takkan tak masyuk kot. 😜

Dia menyatakan mana ada projek scam buat refund. Takda siapa cakap dia scam pun. Yang cakap dia scam tu mungkin mangsa-mangsa dan kawan-kawan (kini jadi lawan) dia lah kot. Kalau takda angin, masakan pokok bergoyang. Kalau takda hal, takkan ada orang berbunyi.

Cuma aku teringat pasal rumah DBI Property Boy Iman yang juga ada membuat refund tetapi selepas ditolak 15% sebagai kos pengurusan. Tak silap aku, Swiss Cash juga melakukan refund. Begitu juga Tok Belagak dan Alfafa. Habis ke tak aku taktau, sebab masih ada yang menunggu. Q panjang kot..

Tersebut pasal Swiss Cash ni, teringat aku dekat seorang kawan aku ni. Dia tau aku dan gang aku tak minat benda-benda ponzi scheme ni. Tapi dia approach dengan cara lain. Dia pinjam kami seorang RM500, adalah 30 orang dia pinjam. Dia nak pinjam selama 6 bulan.

Selepas 6 bulan dia pulang balik. RM500 dengan RM50 sebagai hibah. Aku tanya dia, apsal dapat hibah, dia jawab aku guna duit pinjam tu labur dekat Swiss Cash, untung hampir 100% dalam masa 6 bulan. Katanya, kalau ajak masuk semua takmau, jadi dia pinjam jela duit.

Sambung balik cerita tadi. Dalam kenyataan admin sorang lagi tu. Dia kata ada dalam agreement yang menyatakan tak boleh buat riuh dekat sosial media. Kalau buat riuh, kontrak terbatal. Oh, padanlah diorang ni tak berani buat riuh, takut tak dapat balik duit. Itu yang pm tepi aku dan SCRUT. Korang rasa gentle ke terma macam tu?

Yang menariknya dia nak refund 50% je kalau projek gagal. Dan akan dibayar secara perlahan-lahan mengikut kontrak. Aku rasa tertarik dengan business model ini. Aku bagi contoh. Let say,

1. Si A offer lot investment RM1000/lot.
2. Kalau projek gagal dia akan refund RM500 selepas projek itu dipastikan gagal.
3. Pembayaran refund dibayar dalam masa 24 bulan setelah tarikh gagal ditentukan.

Cuba korang bayangkan, kau dah tau yang kau hanya perlu bayar RM500 balik dalam masa 24 bulan. Let say, gagal selepas 3 tahun. Kau ada 5 tahun untuk buat repayment.

Kalau kau ada 100 orang join, kau dah ada RM100,000 in-hand. Liability kau bayar balik hanya RM50,000 dalam masa 5 tahun. Assuming projek itu 3 tahun dan repayment 2 tahun.

So, RM50,000/5/12 = RM833. So komitmen sebenar adalah RM833 sahaja!

Cuba korang bayangkan, kau dapat modal RM100,000 yang kau tau kau boleh buat gagal dan bayar balik RM50,000 sahaja. Kau juga boleh cash out sahaja dari situ tru macam-macam invoice yang kau sendiri control. Kalau kau tak buat business tu pun, kau boleh bayar balik dengan kau pakai RM50,000 sahaja!

Ini business yang power! Sangat power! Kau hanya perlu ada pengaruh, gaul dengan cerita NGO, waqaf dan asnaf, dan juga agreement. Pada aku ini business model yang bijak. Kalau lagi bijak, kau invest RM100k tu beli TSLA, kau boleh pulang RM100k lepas 2 tahun tu kot..

Ya, ini bukan scam. Jadi, apa patut kita namakan business model ini?

Any idea?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.