Masa aku asyik menulis pasal ayam dan itik, tiba-tiba lidah aku kelu, teringatkan rendang ayam kampung arwah opah aku di Batu Kurau dulu.
Aku memang suka ayam kampung untuk dibuat rendang, kerana ia liat dan menganjal-anjal bila dikunyah. Teringat aku dulu, malam raya kami akan suluh ayam kampung untuk disembelih buat rendang.
Apa yang specialnya rendang opah aku ni adalalah ia sangat creamy. Aku taktau la dulu opah aku guna mesin apa untuk keluarkan santan grade A macam mana kan. Tapi sangat berlemak.
Ketika aku di Australia. Aku sentiasa cuba buat rendang yang sedap. Tapi gagal. Sampailah masa mak aku datang, dia kata,
“Opah punya rendang sedap sebab dia letak santan banyak. Meh sini susu Devondale tu..”
Mak aku tuang dalam rendang aku. Dia tabur garam secukup rasa. Lepas dah kering. MasyaAllah sedap ya amat. Start dari hari tu, apa jenis rendang pun, aku akan tuang susu untuk dipanaskan.
Orang hantar rendang tok ke, rendang opah ke, rendang itik ke. Aku akan adjust sikit ikut selera aku. Senang cerita kalau mak aku pun kata sedap, kira luluslah. Mak aku ni orang Johor. Makan cerewet dan kuat komplen.
Jadi, aku pun punggah dapur cari bahan-bahan nak buat rendang, cari ayam, malang-malangnya banyak bahan yang takda. Sekali aku ternampk kotak rendang ayam pencen Chef Kak Ros.
Dalam kepala aku, ayam pencen ni rasa macam ayam kampunglah. Sebab liat-liat sikit. Aku pun buka baling dalam periuk. Panaskan. Aku buka Susu Devondale Malaysia, tuang satu cawan dan tuang dalam rendang.
Aku tabur sikit garam kasi secukup rasa. Korang kena tau, susu kalau kena garam dia ada tindakan kimia yang bagi dia rasa sedap gila. Korang tau kan chai India ada letak garam sikit dan diorang pakai fresh milk?
Aku masak sampai kering. Kemudian angkat! Walawei, sedap gila siot!
Korang tak cayer? Bolehla try tips aku ni. Cepat dan sedap. Simple dan perfect!
Yang benar,
Penggemar Rendang Itik dan ayam creamy