RENDANG TOK CHEF ROS – MAKAN HINGGA TERBUAI!!

R

Beberapa hari lalu, aku dihubungi oleh orang yang aku tak kenali melalui FB ini. Dia meminta bantuan aku kerana mengalami masalah kewangan. Aku lihat wallnya, dia ada business, macam seorang chef.

Just nak bagitau siap-siap, aku ni bukan hartawan atau dermawan. Aku hanyalah orang yang cuba menolong sesiapa pun dengan kemampuan yang aku ada dengan cara aku sendiri.

Basically, akak ini ialah mantan chef yang terkenal suatu ketika dulu. Dikenali dengan chef 1001 resepi. Selepas berkahwin, diceraikan dan terpaksa menjadi gelandangan. Dia bangkit semula selepas itu. Dia ada menulis tentang perjalanan hidup ketika menjadi gelandangan dalam sebuah buku yang dia hadiahkan kepada aku.

Selepas kebangkitan, dia telah membuat keputusan membantu abangnya menjalani rawatan di hospital swasta. Maka habislah segala wang simpanannya. Dia sangka dia boleh survive, tapi covid datang menghancurkan rencananya.

Cumanya, Chef Ros ada buat makanan yang dibungkus dengan kaedah retort, antaranya Rendang Tok. Itulah aset yang dia ada. Aku telah rasa. Not bad. Sedap. Masih segar rasa dia. Kalau bawa travel memang steady. Dengan kaedah retort, korang hanya perlu rendam saja pack tersebut dalam air panas.

Sebab aku tak travel, aku suka panaskan rendang dengan susu. Untuk memberi “moisture” segar dan menambah rasa lemak. Susu apa aku guna? Susu Devondale ler. Kan aku shareholder Devondale dengan kurang dari 1% pegangan saham macam pakcik yang jadi “cap masjid” untuk syarikat susu milik adik beradik Cina tu. Bezanya aku tak ditunggang ler. Dia dah ngaku dia ditunggang sampai dapat bagi anak jadi doktor kan? 😜

Untuk membantu Chef Ros, aku telah beli stock Rendang Tok dia dengan nilai bantuan yang dia mohon. Jadi, Chef Ros tidak berhutang duit mahupun budi dengan aku. Aku bantu dia dengan membeli dan mempromosikan produknya dengan jiran tetangga aku. Alhamdulillah, ramai yang contact dia nak beli lagi.

Anyway, untuk korang yang nak rasa Rendang Tok Chef Ros, Ros Har Tmtk korang boleh dapatkan melalui Chef Ros sendiri atau beli secara online di Ifmal. Untuk mereka yang berBMF, ia 100% milik Chef Ros. Takda adik beradik Cina dekat belakang dia. Jangan risau ya!

https://ifmal.com/…/rendang-tok-kak-ros-har-tmtk…/…

Makanlah sampai terbuai..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.