RIP The Lagend.

R

Gua tidak lahir di zaman kegemilangan beliau. Tapi bapak gua kasitau. Dulu kalau game dia, KL kosong. Semua orang duduk rumah tengok TV.

Gua menonton boxing seawal usia 4 tahun seingat gua. Mungkin lebih awal. Arwah pakcik gua sering mengulang-ngulang rakaman tape perlawanan Muhammad Ali dan Mike Tyson.

Orang heavyweight boleh dance. Zaman dulu dengan kasut yang tak seringan zaman sekarang. Beliau boleh dance sampai habis game.

Lu tengok heavyweight skang. Berjalan saja. Macam zombi. Mana ada fun. Ada excitement. Takda soul. Muhammad Ali mampu buat yang sampai sekarang takda lagi.

Beliau juga sanggup di penjara kerana taknak ke perang Vietnam. Steady! Bukan macam mufti sorang tu. Sanggup lilit songkok, benda yang dia tentang dulu. Siapa nak penjarakan dia? Siapa nak serang negeri dia?

Dia dibenci ramai kerana sangat cocky dulu. Mungkin dia pengasas trash talk. Tapi kini perkataan-perkataan beliau menjadi inspirasi. Beliau dikenali walaupun budak-budak 90s.

Hari ni gua nak lilit songkok untuk tanda berkabung memperingati lagenda ini. Demi menjaga hubungan antara negara Amerika dan Malaysia.

Alkhaffu dhararain. Untuk lu haram. Untuk gua halal.

RIP The Lagend.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.