RISK REWARD GURU SAHAM..

R

Semalam Bomoh Bursa dah syarah panjang pasal risk reward. Aku pun taknak kalah. Kena tulis juga. Mana boleh kalah dengan Tok Moh.

Jadi aku bawakan contoh. Rujuk foto di bawah. Aku memang respect habislah guru saham yang ini. Dari harga RM13,599 dia boleh kasi discount sehingga RM2,999. Hampir 80% discount! Kau berani jual barang kasi discount sampai 80%?

Kalau ikut ilmu trading bishe-bishe, kita patut grab this opportunity. Buying at bottom ni. Reward pasti besar sehingga 80% insyaAllah. Risk ada? Risk very low, kelas online nak cancel ni macam mustahil lah!

Tapi, kalau kau ada otak sikit. Kau akan tanya, adakah benar value kelas tersebut sehingga RM13,000? Kalau kau ada otak lebih sikit lagi, kau akan kira risk reward kau pula lepas kau spend RM2,999. Bila boleh return balik?

Pada aku, sifu saham ni memang power, dia trading ke tak selama ini, kita pun taktau. Dia buat duit ke tak selama ni, kita taktau. Anak-anak murid dia semua jadi kaya raya sebab trading saham, kita taktau. Yang pasti, diorang pakai coat & tie penuh bergaya.

Aku sangat setuju apabila Tok Moh kata sifu-sifu saham ni menggunakan ilmu risk reward dengan jayanya. Dengan buat kelas RM2,999. Kalau 50 orang join, RM149,950! Wow! Apa risk dia buat kelas?

Paling busuk pun kalau anak-anak murid dia complain, dia jawab,

1. You emotional sangat.

2. You tak cukup practice.

3. Dia komen trading kau after market talk.

4. You masuk unit trust or fund manager I manage lah! You letak duit je.

Itu jelah. Jadi sebab itu kau takkan jumpa Market Wizard buat kelas. Kau jumpa Market Guru yang jual kelas. Sebab diorang memang buat duit dengan kelas. Kerja 6 hari dapat almost RM150,000 boh!!! Siapa taknak?

Jadi, untuk korang yang bercita-cita nak jadi trader kental atau Market Wizard. Lupakan semua itu. Tukar cita-cita korang jadi Guru Saham. Pergi ambil exam MSTA etc. Buat kelas, sebab kau trade pun ke laut semestinya!

Kan?

Risk reward? Masyukkkk bohhh buat kelas ni!!!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.