Aku tak minat nak komen pasal ni sebab aku tak kisah pun pasal direct nego kalau bagi dekat company yang layak untuk keadaan yang diperlukan. Mungkin projek rakyat yang urgent yang perlu dicepatkan.
Tapi dek kerana kerajaan PH kata takkan buat atau kempen hanya open tender untuk projek-projek besar. Maka sebab itu ia backfire balik. Eh, projek terowong open tender ke direct nego?
Pada aku politikus atau bakal politikus ni, kalau tak cukup kaya sebelum masuk politik, bukan self made kekayaan, mereka akan melacurkan dana rakyat untuk dia dan kroni-kroni dia. Paling tidak pun dia akan bagi jawatan kalau tak boleh bagi projek.
Anyway, aku cuma berminat dengan 1 company ni sahaja dalam banyak-banyak company yang disenaraikan. Company tersebut bernama SPORTS MEDIA & DISTRIBUTOR SDN. BHD. (1261388-V) yang mendapat projek direct nego sebanyak hampir RM30 juta untuk siaran langsung Worldcup 2018.
Kenapa?
Kerana seingat aku, menteri ketika itu Gobind Singh dari DAP kata yang mereka telah mendapatkan tajaan sebanyak RM15 juta siaran langsung Worldcup 2018. Rupanya tidak! Kerana syarikat tersebut telah mendapat projek direct nego tersebut sebanyak RM29,900,000 (juta) menurut senarai projek yang dikeluarkan oleh menteri kewangan baru, Tengku Zafrul.
Jadi, aku telah SCRUT syarikat tersebut menggunakan Interepo (www.interepo.com) untuk melihat sejauh mana capable dan berpengalamannya syarikat tersebut dalam industri ataupun hanya proxy company sahaja.
Hasil carian sangat mengejutkan, aku mendapati syarikat tersebut hanya bermula pada 26/12/2017. Dengan paidup hanya RM50,000, tak sampai setahun dah dapat projek hampir RM30 juta direct nego. Siapa punya company ni?
Siapa owner dia ni? Diorang ke yang pegang right penyiaran Worldcup 2018? Takkan company belum setahun dah ada right tu? Bukan katanya Astro ke yang pegang right tu? Macam pula direct nego ke company ni pula?Jadi, di mana tajaan RM15 juta tu? Yang nampak ada RM100,000 la kurang dari RM30 juta tu. Kan?
Direct nego ni kalau dapat ke engkau, mesti kau kata ok kan?
Korang pun boleh tolong SCRUT company-company lain di www.interepo.com.
SCRUT for the TRUTH!