Aku ini juga seorang pembangun startup technology. Aku juga usahawan SME. Aku bukan pendaki tangga korporat. Aku bukan political related person yang naik ketika parti yang dia “sembah” naik, turun ketika parti dia “sembah” tergolek. Aku bukan ahli IKRAM juga.
Sebagai pendiri startup technology, sudah pasti aku faham sangat permainan valuation ni. Inilah yang sentiasa disembang oleh budak-budak startup. Terutama gang startup sendu. Aku dengan mazhab profit based kerana aku percaya dengan ada profit pasti ada valuation yang lebih baik.
Aku faham valuation tidaklah menggunakan sales dan profit semata-mata. Tetapi realitinya, kalau kau nak invest, kau nak invest dekat company yang ada profit ke takda profit? Company yang ada revenue ke takda revenue? Tepuk dada tanya diri sendiri.
Kisah Grab yang tidak pernah untung dan ada value berbilion memang biasa ditunggang oleh budak-budak startup dan penunggang skim pre-IPO. Aku tak sangka orang korporat pun nak guna hujah yang sama. Ohya, aku tak pelik kerana sudah maaruf dia tu “macai” PH yang dapat jawatan tinggi ketika zaman PH.
Aku rasa sangat menghina akal aku apabila orang tag-tag aku, share link seorang individu korporat yang diketahui naik zaman PH punya artikel. Untuk pengetahuan korang, aku memang tak pernah baca pun apa-apa penulisan dia, walaupun dia yang pernah add aku friend sebelum ini.
Senang cerita dia nak pertahankan cerita vavi tervang Rafizi dengan Invoke yang sembang value berpuluh juta dengan jual share. Nampak sangat menghina akal. Tok Batin di Uganda Tenggara selalu sebut,
“If you do not know how to compare apple-to-apple, you are insulting our intelligence!”
Inilah masalah bila seorang akauntan yang tak pernah berniaga secara betul, ahli korporat yang hanya tunggu gaji hujung bulan, dan dapat jadi CEO GLC disebabkan lantikan politik apabila parti yang dia sokong berjaya mendapatkan kuasa hendak berbicara pasal business.
Dia boleh gebang vavi tervang macam Rafizi segala jargon dalam accounting. Bukan ramai orang faham pun. Lagipun aku pun tak pernah kata apa segala mala method valuation Rafizi atau dia kata tu salah, cumanya aku menceritakan ia tidak mencerminkan realiti atau hakikat sebenar. Tidak berpijak di bumi yang nyata.
Sebagai akauntan dan auditor, dia sepatutnya tahu, segala numbers dan ratio boleh direka cipta since 90% startup gagal. Sepatutnya kegagalan 90% itu perlu diberi peringatan supaya berwaspada. Ingat yang gagal 90% tu tak pakai valuation standard yang Grab pakai ke?
Kesalahan fatal dan kebodohan yang nyata apabila menggunakan hujah standard dalam buku teks untuk di-apply ke dalam dunia nyata tanpa dilihat kepada konteks dan industri itu sendiri. Aku tak pelik, aku ada ramai kawan auditor dan akauntan di korporat, mereka kaum yang gagal faham realiti business.
Bagaimana mungkin geografi dan culture masyarakat di Silicon Valley hendak disamakan dengan masyarakat di Malaysia. #CEOph itu sendiri pun tidak invest dalam mana-mana syarikat startup Malaysia. Dia sendiri pun turun selepas PH jatuh pun jual air liur gebang “Minda CEO”, jual pie dan buka gerai, bukan nak bangunkan startup tech.
Perbandingan gagal 1 – Product vs product
Product Grab kita semua sedia maklum e-hailing transport. Bermula dengan teksi, prebet sapu, rider dan sekarang superapps. Kita boleh lihat potential dia melalui betapa distruptive dan agresif Grab suatu ketika dulu.
Manakala Invoke pula, apa productnya? Apa teknologi yang dia bangunkan? Sekadar sembang? Buat digital marketing servis pun ramai customer dia ngadu kat aku tak bagus mana pun. Review pun teruk? Ada product lain macam Adnexio? Yang revenue RM20k tu?
Dalam laporan audit Invoke menunjukkan 90% revenue daripada digital marketing. Tekan-tekan ads. Ini product nak banding dengan Grab?
Perbandingan gagal 2 – Bagaimana ia bermula
Grab dibangunkan oleh cucu Tan Chong, Anthony Tan dan dipimpin kuat oleh ibunya Rossie Tan. Bermula dengan MyTeksi dan mempunya misi dan visi yang besar untuk mengatasi masalah pengangkutan.Invoke pula dibangunkan dengan kutipan derma yang dibuat Rafizi konon untuk buat research bigdata apa kepala entah untuk PRU14 dulu. Tiada clear direction selepas itu.
Perbandingan gagal 3 – Pengasasnya
Pengasas Grab ialah Anthony Tan dan ibunya. Memang dari keluarga konglomerat yang terkenal di Malaysia. Anthony masih lagi bersama Grab dan mengetuainya.Invoke pula diasaskan oleh seorang politikus yang konon dah bersara. Dan hari ini dia masuk balik politik dan jadi menteri meninggalkan syarikatnya. So, dia dah fulltime jadi politikus balik. Boleh pergi syarikat dia tu? Unless dia salah guna kuasa menteri kasi job ler kat syarikat dia.
Perbandingan gagal 4 – Growth
Growth Grab naik secara exponential, hal itu boleh dibuktikan dengan transaction di payment gateway mahupun bank statement. Selain itu database user juga boleh diuji dengan melancarkan product baru. Sama macam Shopee, memang rugi tapi growth padu.Growth Invoke macam mana nak buktikan? Revenue pun biasa-biasa. Siapa di kalangan korang cari orang kerja pakai Adnexio? Or cari kerja pakai Adnexio?
Perbandingan gagal 5 – Modal
Kalau korang study betul-betul, korang akan tahu yang Grab dapat loan daripada Grab Inc. daripada Caymen Island seawal tahun ke-2/3 dia beroperasi. Rasanya #CEOph pun taktau hal ini. Nampak mereka sudah ada perancangan untuk bergerak jauh. Kemudian barulah sovereign fund masuk.
Manakala Invoke hanya dengan duit kawan-kawan dan kartel-kartel yang nama-nama mereka pun kalau di-Google pun kita tau dah diorang ni siapa. Hingga hari ini takda mana sovereign fund masuk.
Aku faham sangat pasal valuation tu, tapi tak boleh tegak sangat. Kena tengok juga cashflow, kalau dah setiap bulan setiap tahun loss yang tak significant, dengan sales takat RM20k sebulan. Korang rasa sustainable ke?
Aku juga maklum pasal discounted rate, good will dan lain-lain yang investor tengok. Tapi, rule of thumb dia satu je. Tak boleh tegak. Kalau kau open semua ikut valuation gitu saja. Itu yang melahirkan kaum startup sendu yang gebang valuation tapi revenue takda, growth takda dan akhirnya jadi mat pitching jual share je.
Kemudian ghaib..
Kalau company yang betul-betul buat produk pun terciduk, ini pula dengan produk tak jelas, ditambah lagi pengasas dia politician dan dah jadi politician balik. Takkan taknak consider. So, nak banding dengan Grab? Jauh panggang dari api! Mungkin boleh banding dengan Fashion Valet yang PNB dan Khazanah ada masuk fund, apa jadi dengan Fashion Valet?
Kalau nak cerita pasal Grab biar study dalam-dalam pasal Grab. Grab yang power tu pun terciduk dekat Nasdaq sampai orang nak saman, SEC nak ambil tindakan. Nak cerita, cerita semua secara jelas dan jujur. Bukan sekadar nak pertahan orang parti yang disokong. Jangan disebabkan dulu dapat jawatan sebab PH nak jadi macam kata pujangga orang tua-tua Guatemala,
“A dog must protect the hands that feed him..”
Tau apa itu ruwaibidhah? Orang lekeh yang nak cakap perkara yang dia bukan ahlinya. Jadi apa itu ruwaibidhah korporat pula? Orang korporat yang ada MIA macam Azizan 8 PhD, yang berjaya jadi CEO beberapa bulan sebab politik dan turun sebab politik, dan masih tak boleh move on dengan title CEO yang dia pernah dapat.
Kata sahabat aku yang berkawan dengan anak Mat Silau,
“Suruh dia ajar anak dia sendiri tangkap belalang dan main guli, sebelum sibuk nak buka kelas ajar orang berniaga..”
Eh!
ps : Nak debat pasal tech-startup? Anytime!