Kasihan Sham Itik Sontot, dia dah takda modal nak tembak aku, dia kacau Saka Cafe pula. Inilah masalah orang bila takda maruah, hidup ibarat bangkai hidup, tiada kerja tetap dan tidak punya perniagaan yang punya proven track record. Kerjanya menghina akal hari-hari.
Penyokong dia pula IQ rendah dan scam enabler yang sanggup melihat masyarakat ditipu dan ditindas oleh si Sham Itik ini. Apa nak pelik, kalau semua orang baik, mana mungkin ada scam dalam dunia ni. Mereka tanpa rasa malu menyokong sibodo yang buat agreement macam taik itu.
Anyway, dulu aku dah pernah cerita pasal kelahiran Saka Cafe ni. Tapi takpalah aku cerita lagi. Setelah IFMAL mengambil alih lot tersebut, maka IFMAL Melawati bertapak di sana. Di tepi premis tersebut ada orang berniaga makanan. Kami pun tak halau. Biarlah, orang nak berniaga cari makan.
Selepas brother itu keluar. Tempat itu ditinggalkan. Akhirnya kawasan itu jadi tempat himpunan sampah. Botol-botol arak bergelimpangan. Pihak majlis tidak membersihkannya. Sampailah kejadian ular sawa ditangkap di kawasan itu. Aku decide bersihkan tempat itu.
Aku ada seorang staff, namanya Farizman, dan seorang sahabat, diorang ni mantan chef dan cook yang berminat nak berniaga f&b, dia minta nak run cafe dekat situ. Atas dasar persahabatan dan mahu menolong anak muda berniaga, kami membenarkan mereka dan memberikan mereka modal perniagaan.
Pergilah makan di sana, tengok resit apa yang keluar, pergi beli SSM report. Ada keluar nama aku? Sampai hari ini seposen pun aku takda dapat apa. Aku makan kat sana, aku bayar juga. Cuma nama SAKA itu aku yang bagi, maksudnya,
“STAFF AKU, KEBANGGAAN AKU..”
Ia projek Social Enterprise untuk anak muda berniaga. Kalau bukan di situ, mungkin mereka akan berniaga di tempat lain. Di situ, api dan air, kami dah provide. Dalam masa yang sama, aku nak dia tahu berniaga tidak mudah. Mungkin sekarang mereka baru sedar berniaga tidak senang.
Tentang isu lesen perniagaan. Kewujudan cafe di situ telah mendapat blessing MPAJ setelah mereka mengambil kira tempat itu bukan laluan kenderaan dan semangat hendak membantu anak muda berniaga. Kudos to MPAJ kerana faham denyut nadi rakyat marhaen. Kata mereka,
“Berniagalah, asal jaga kebersihan tempat ini..”
Itu sebab Saka Cafe install 2 unit grease trap untuk memastikan longkang bersih dan tidak berminyak. Diorang tanam pokok-pokok, hias cantik-cantik. Kebersihan memang menjadi priority. Alhamdulillah, mereka masih survive dan sustain sehingga hari ini, doakan mereka terus survive. Tapi kalau korang nak minum kopi tersedap di dunia, boleh try kopi koala dekat Ifmal Melawati tu.
Aku kira ia bukan isu pun. SAKA CAFE tidak pernah collect dana awam untuk berniaga, dia tak pernah scam orang, bahkan pengendalinya Chef Farizman seorang yang sangat soleh dan sentiasa berusaha keras mencari rezeki halal. Bukan main Facebook scam orang pakai page Si Rashid. Korang pergilah sendiri berkenalan dan merasa masakannya. InsyaAllah, korang akan happy!
Si Sham Itik ni cuba sedaya upaya untuk nak cari salah aku. Aku tergelak berdekah-dekah bila SAKA CAFE dia nak usik. Mungkin dia dengki dan iri hati dengan projek Social Enterprise aku ini. Yelah, aku pakai duit aku. Aku tak pakai duit bini dia, Jalilah. Itu yang dia meroyan cerita pasal bini aku plak. Dia jeles aku mampu tanggung bini sendiri, tak perlu collect duit derma cam dia.
Aku nasihatkan Sham Itik supaya pergilah kerja, kerja elok-elok, malulah dekat diri sendiri. Aku ingat dia kembali daripada menyorok selepas scam #ItikSontot dia exposed dulu, dia dah taubat. Ini tidak, masih nak mendongak langit. Sampai level bangga dengan scam-scam yang dia buat. Tok guru saham dia, chip Naguib Sahaari dah masuk jail, korang rasa Sham Itik main saham untung ke rugi?
Korang rasa apa jenis manusia entah dia ni? Takkan aku yang buat social enterprise ni jahat, yang buat scam itik sontot ni baik. Yeke dia buat skim itik sontot saja? Nak tau tak apa dia scam lagi?
cc : Saka Cafe, Chef Farizman Ali , Coffee & Koala, IFMAL Melawati, YB Zikri.