SAKIT MAJIKAN SIAPA YANG TAHU?

S

Masa aku jadi pekerja, aku sering rasa yang majikan aku dulu kapitalis jahat. Yang nak peras dan perah pekerja. Maklumlah, aku dulu sosialis tegar yang berpegang dengan mazhab daripada kitab agung, Das Kapital.

Cumanya, aku bekerja untuk aku jadi terer. Perasaan aku tu, aku simpan. Aku tak kisah kerja siang malam. Apa yang aku nak adalah ilmu dan pengalaman. Aku keluar rumah awal pagi. Malam pun aku masuk office. Anytime aku standby. Dengan ilmu dan pengalaman yang lebih daripada biasa, aku climb dan meloncat cepat.

Tetapi tuhan yang maha mengetahui telah mentakdirkan aku menjadi majikan. Daripada 3 orang pekerja sampai lebih 100 orang pekerja. Daripada low level, sampai high level. Yang lebih best, tuhan takdirkan aku menguruskan beberapa syarikat daripada pelbagai industri.

Mula-mula aku cuba menerapkan dasar keterbukaan. Aku open. No hierarchy. Flexible working hours. Tiada punch card. At the end, sales takda, office kosong, takda sorang pun hadir ke office. Aku sedar, bukan semua orang macam aku. Bukan semua orang ada jiwa untuk jadi pekerja cemerlang. Majoriti sangat selfish.

Walaupun kerap datang lewat, kerja tak pernah siap, kpi tak pernah capai.. TAPI.. Setiap tahun dia expect BONUS! Lepas jam 6 off handphone, hari cuti terus tak respond. Walhal kita terpaksa cari dia balik dek disebabkan kerja dia tak selesai lagi atau buat tak sempurna.

Hari-hari complain pasal majikan. Walhal majikan dah setahun takda gaji. Yang manager level pula, ada yang tolong kawtim OT anak buah. Yang datang lewat, dia adjust kasi awal. MC habis pakai maximum. Setiap Jumaat, Sabtu dan Isnin, pasti MC. Asal ada long holiday, dia apit dengan MC.

Setiap hujung bulan, majikan jenuh berkira-kira, meraba-raba nak membayar gaji. Sewa premis, utilities, epf, socso, hrdf, lhdn, dan macam-macam. Pekerja hanya tunggu duit masuk. Terlewat bayar gaji. Bukan lewat yang langgar undang-undang. Finance department punya lewat. Esok terus pakat mogok.

Bila dipanggil, disuruh tuliskan aktiviti kerja dari 8am-5pm. Gagal tulis. Bukti takda buat kerja sangat. Banyak main dan banyak masa terluang. Setiap tahun harap naik gaji. Bagi janji kalau gaji naik, jadi rajin. Aku selalu cakap,

“Kalau dekat sini korang camni, pergi mana-mana pun sama..”

Aku cabar diorang, letak nama aku sebagai referee kalau rasa diorang perform. Dan seperti biasa, aku kasitau. Sembang banyak tak guna. Setup your own business, hire at least 10 workers. Then we could talk at the same par.

Bulan ini semua request nak gaji awal sebab nak raya. Majikan fikirkan para pekerja nak beraya, terpaksa bergolok gadai apa yang patut, advance-kan gaji company. Tengok anak-anak sendiri pun takda baju raya lagi.

Hidup ini mudah je. Kalau kau awesome, dekat mana-mana pun kau awesome. Orang awesome ni, pergi mana pun laku. Gang kaki complain ni, korang akan tengok dia tak ke mana pun. Hidup dia akan sentiasa menegatifkan majikan, negatifkan orang lain.

Kalaulah ada database pekerja bermasalah kan bagus.

Kalau aku bangunkan. Kartel majikan nak support tak?

😉

ps : Ada sahabat tunjukkan pengakuan pomen yang pernah buka company nak berniaga secara proper.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.