Ceritalah apa pun, sembanglah lebat mana pun, pakailah tie brand apa pun, coat jenama apa pun, masuk tv apa pun, sembang belajar kat mana pun, kau ada ramai follower ke, ramai anak murid ke, disokong oleh influncer hebat mana pun..
Kaedahnya mudah, kau nak ajar trading dekat masyarakat, kau sendiri kena jadi trader berjaya dulu. So, kau kena buktikan kau trader berjaya. Tunjuklah trading record/history PnL kau 1-2 tahun sepanjang kau trading. Lagi banyak tahun, lagi power!
Kalau betul berjaya, kenapa takut nak tunjuk? Aku sendiri akan belajar dengan orang yang boleh provekan system dia berjaya. Aku nak sangat belajar dengan orang seperti itu. Aku sendiri akan kempen supaya semua orang belajar system tersebut..
Kalau system kau tak jadi, elok namakan system kau F*ckOFF je! Mengaku jela kau tu menipu masyarakat dengan sistem yang tak jadi. Kutip yuran kelas untuk ajar sistem yang dah diketahui gagal..
Ingat kawan-kawan, jangan trade saham, trading saham bukan untuk semua orang. Usul fiqh, asal trader itu rugi, melainkan dibuktikan sebaliknya. Asal trading saham itu rugi, melainkan dibuktikan sebaliknya.
Genggam dan gigit dengan gigi geraham peringatan dan usul figh tersebut. Semoga Allah selamatkan korang semua dari penipu-penipu yang nak makan duit korang di atas kejahilan korang.