SAMPAI NAK BUNUH DIRI?!

S

Come on adik-adik sekalian. Takkan kena duduk di asrama 2 bulan sampai nak bunuh diri? Meh sini aku nak cerita pasal bangsa yang jiwanya kental.

Aku ni anak orang susah, jadi aku kena belajar rajin-rajin supaya dapat biasiswa. Disebabkan aku terpengaruh dengan siries Cinta Antara Benua, aku nekad nak belajar ke luar negara.

Zaman awal sampai sana, mobile internet belum ada, cheap airline baru nak start. Nak balik kerap mana mampu. Komunikasi dengan family dan gopren-gopren hanya berlaku di YM dalam pc. SMS mahal! Whatsapp mana ada! Kena beli IDD card untuk call Malaysia. Video call pun semput-semput lagi.

Tapi sebab kami bangsa yang kental. Kami kenang balik orang sebelum kami, zaman takda YM, takda internet, komunikasi hanya melalui surat. Hari ni cerita dalam surat, 1 bulan baru sampai cerita di Malaysia. Aduh! Lagi kental mereka.

Aku dengar ada yang merengek-rengek nak balik kampung tak tahan tinggal di asrama. Ada yang marah sebab pertandingan Tiktok menteri KPT dibatalkan. Yeke? Haha!

Zaman sekarang ni, dengan internet laju, teknologi yang ada, kalau kau boleh rasa nak bunuh diri. Aku taktau nak cakap apa dah. Komunikasi dengan family anytime je dan kau masih di dalam negara. Dekat sahaja dengan family dan baru 2 bulan sahaja! Kalau kau mati, masih ditanam di Malaysia lah..

Dalam record, sepanjang aku belajar di luar negara, aku hanya balik ke Malaysia sekali sahaja. Itu pun balik kahwin. Summer di Adelaide ni extreme tau, sampai 50 darjah. Aku dengan Bukhari Ramli pernah melepek kepanasan sambil masak mi rebus tulang korban. Rekod tak balik Malaysia kami, dipegang oleh abang long kami, Ihsan Afifi. Legend! Kental!

Korang taktau nak buat apa? Meh sini aku cerita apa aku buat. Gopren-gopren semua kat negara lain, dengan keuzuran teknologi masa itu. Aku belajar Bahasa Arab, aku belajar fiqh, usul fiqh, mustolah hadith, tafsir dan aku ikuti daurah hadith dengan rakaman mp3. Mana ada live macam sekarang! Sebab tu aku power bab agama ni, takda lebai boleh tipu aku lah, InsyaAllah..

Untuk zaman korang ni, dengan online classes yang banyak, korang boleh manfaatkan semua itu dengan baik. Korang sebagai pelajar, kerja korang adalah belajar. Belajarlah, bahasa ke, programming ke, robotik ke. Apa yang korang minat lah. Kan makan minum korang dah ada orang jaga?

Perkataan nak bunuh diri ini datang dari orang loser. Sore loser! Korang jangan menakutkan kami dengan mentaliti korang macam ni. Sebab korang akan mengambil alih negara ini suatu hari nanti dan membimbing anak-anak kami.

Aduh! Aku dulu lagi tekanan, jauh dari family, teknologi komunikasi tak maju, gopren-gopren jauh, panas macam setan, duit tak banyak, aku kena kerja lagi sebab nak bantu keluarga di Malaysia, kena masak sendiri untuk makan, balik kerja taktau nak buat apa summer siang panjang. Nak buka aircond tak berani takut bayar letrik mahal.

Kalau kira sebut nak bunuh diri, mungkin aku lagi layak mengugut jiwa ini dengan perasaan nak bunuh diri. Tapi ia tidak berlaku! Kenapa?

Kerana aku malu dengan abang-abang kami yang lagi susah zamannya, pakcik-pakcik kami yang lebih dahsyat eranya.

Kami generasi yang akan membimbing anak-anak abang-abang kami. Kami juga bangsa yang akan mengemudi negara ini suatu hari nanti. Jadi, kami kena kuat, kuat mental dan fizikal. Merdeka jiwa, akal dan poket!

#HEILB40!
#POM

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.