SAUDAH BINTI ZAM’AH ISTERI KE-2 NABI YANG DINIKAHI NABI SETELAH BEBERAPA BULAN PEMERGIAN KHADIJAH..

S

Saudah telah bernikah dengan Nabi hanya setelah beberapa bulan kematian Khadijah, isteri pertama yang sentiasa dalam ingatan Nabi. Pengorbanan Khadijah pasti tidak dapat ditandingi oleh mana-mana Isteri Nabi yang lain.

Dalam tahun yang sama juga, Nabi kehilangan bapa saudaranya Abu Thalib yang tercinta. Lebih menyedihkan, Abu Thalib meninggalkan Nabi tanpa beriman kepada Allah dan Rasul.

Pemergian Khadijah meninggalkan Nabi dalam keadaan anak-anak Nabi yang masih kecil menyebabkan para sahabat dan sahabiyah mencadangkan Nabi untuk bernikah lagi. Mereka menghantar Khaulah, seorang sahabiyah menemui Nabi.

Khaulah menyarankan Nabi bernikah lagi. Nabi tidak menolak, Nabi bertanya dengan siapa. Maka dicadangkan untuk bernikah dengan seorang janda yang telah berusia bernama Saudah binti Zam’ah.

Menurut riwayat sejarah, Nabi kembali dilihat ceria setelah perkahwinan tersebut. Anak-anak Nabi juga gembira kerana ada tempat menumpang kasih. Saudah juga dikatakan seorang ibu yang sangat baik menjaga anak-anak Nabi.

Pengajaran dalam kisah ini adalah, nikah lagi menghilangkan dukacita kematian isteri tercinta. Kalau Nabi yang jauh lebih cekal dan tabah bernikah lagi dan kembali gembira selepas itu, inikan pula kita.

Move on, nikah lagi!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.