Aku mula-mula dengar skim Gigamax ni daripada driver pakcik aku. Bila dia sebut je sehari 1% terus aku kata scam, scam dan scam.
Kalau sehari 1% compund selama 1 tahun lebih kurang 37,000%. Kalau modal RM1000, cukup setahun lebih kurang RM37,00 kau dapat. Kalau 2 tahun? Korang buat pakai excel, tariklah. So, ia sangat tak logik!
Lepas tu budak tu kasitau yang Gabema dah check, projek Gigamax tu ok. Aku tanya dia, siapa Gabema tu. Dia kata projek hunter. Gabema akan saring segala projek untuk kominiti dia invest.
Aku tengok-tengok nama dalam web Gabema, aku terlihat Izwan Ali dan Nizam Sahar. Tak silap aku, dia ni dulu buat EvoCoin dan LavidaCoin kalau tak silap. Aku terus tergelak. Kemudian aku tengok Gigamax sembang arbitrage. Lagi aku percaya 10x scam.
Terus aku kasitau, insyaAllah tahun ni Gigamax akan tersontot. Kemudian aku dengar orang complain payah nak withdraw la. Kena buat itu dan ini. Last sekali aku dengar dia buat event.
Konon nak buat credit card, dengan coin baru OneX. Terus aku kata, dah sontot. Ini modus operandi standard, bila dah tak boleh bayar, buat coin baru. Apungkanlah. Bitkingdom buat macam tu kan?
Yang menariknya, kononnya budak-budak Gabema ni pakar dalam bidang blockchain dan dunia kripto. Dah saring dan check Gigamax ni. Diorang juga yang beriya-iya promote. Takkan taktau siapa owner?
Takkan diorang sebagai “pakar” promote projek hantu? Korang decide, budak-budak Gabema tu, pakar ke, kaki putar ke bebal?
Sekarang ni diorang pura-pura play victim, walhal diorang semua dah kaya raya pakai supercar masing-masing. Duit siapa tu? Building diorang pun MNS One, Gabema, dan Empire Daie.
Korang SCRUT la semua company-company tu. Akan ada nama yang sama muncul. Ya, aku sama dengan korang, sangkaan aku yang Gabema memang terlibat dengan Gigamax secara sedar.
Budak-budak Gabema melalui MNS One berlakon konon-konon jadi mangsa suruh hantar LOD pakai email. Hantar kepada siapa? Budak-budak Gabema ni dulu bawa Royal Q juga kalau tak silap.
Kalau budak-budak Gabema ni gentle, clean dan tidak bersalah. Bertanggungjawablah, kenapa lari dan menghilang. Stop drama.
Ramai orang mesej aku pasal sahabat aku, peguam Mahmud Jumaat. Aku berlepas diri dengan segala tindakan dia. Dia tak ambil apa-apa advise daripada aku walaupun dia tahu aku ayatolla kripto lagenda. Korang boleh stop tag dan mesej aku.
Aku dah tegur. Aku dah bagitahu dia yang dia sedang dipermain-mainkan oleh puak Gabema dan MNS One. Apa benda pakar suruh hantar LOD ke email? Come on lah! Mungkin dia tak perasan atau dipukau.
Puak scammer ni memang licik, sebelum tersontot launch Terramax plak, buat coin baru dan jemput Dr. Daud Bakar. Kemudian tunggang nama Dr. Daud untuk buat endorsement. Siapa yang jemput tu? Gigamax ke orang Kobema?
Aku dan Nik Izwan juga dah bagi tahu direct dekat Dr. Daud yang segala Gigamax, Terramax, dan OneX ni scam. Dia bagitahu kami yang dia diajar dinner dan nak dengar tentang network baru OneX tu. Aku dengar-dengar dia dah kata semua ni scam kan?
Korang yang kena scam dengan Gigamax, aku nak ucapkan padan muka. Sebab ketamakan koranglah korang boleh ditipu. Sampai tak boleh nak nilai logik pelaburan.
1 hari 1% is total scam!
So, aku nak tanya balik,apa khabar hari ini? Luar biasa baik?
ps : Nama coin baru OneX? One? Macam MNS One kan?