Aku ini bukan pembongkar scam, aku hanya komen atau cerita scam yang telah melibatkan aku, kawan-kawan aku atau yang aku ada interest. Aku bukan polis, bukan juga pegawai autoriti, aku juga ada kerja lain. Korang tau kan aku ni hanyalah penjual makanan dan barangan dapur di www.ifmal.com sahaja.
Tapi lately ni ramai gila orang contact aku kena tipu itulah, inilah, sifu saham scam bawa lari duit pelabur lah, lebai harrass perempuan, NGO scam dan macam-macam lagi. Aku baca sahaja kerana aku telah tulis tentang usul-usul #mindaskeptikal yang sepatutnya diamalkan dan digigit dengan gigi geraham.
Tapi apa kan daya, masyarakat masih dengan budaya disuap. Budaya berbaik sangka dan budaya cancel kesalahan. Budaya apologetik yang akhirnya membarah. Ada juga yang malu kerana menjadi mangsa scam.
Takda guna korang report dekat aku kalau korang yang jadi mangsa taknak bangkit sendiri. Korang kena buat laporan polis. Lepas buat kena follow up. Push siasatan dibuat supaya ia didakwa. Bagi awareness, kasi viral. Itu tanggungjawab korang supaya orang lain tak kena.
Aku faham, ada yang malu nak mengaku kena scam. Mungkin status dan reputation dia yang tak sepatutnya ditipu akan nampak bodoh kerana ditipu scammer. Tapi, apa boleh buat, kadang-kadang monyet pun boleh jatuh pokok. Kan?
Ada juga yang suka buat settlement tepi. Ini selfish punya perangai. Dia diamkan kebejatan scammer tu supaya scammer itu boleh survive dan terus scam orang untuk bayar balik duit dia. Ini perangai ramai mangsa scammer. Itu sebab scammer ni jadi siriel scammer.
Korupsi dan kelemahan dalam undang-undang juga main peranan penting terhadap keberanian scammer. Scammer dah buat calculated risk, plan B, C dan D kalau ada yang report, ada yang melawan.
Kalau ada yang report, dia bayar balik dan suruh tarik report. Bila dah tarik report. DPP biasanya akan tarik balik pertuduhan. Yelah, pelapor dan saksi mesti takkan support dah. Macam mana nak letak nanti dalam pertuduhan. Confirm kalah!
Lihat sahaja projek #ItikSontot punya “agreement”, duit takkan dapat balik kalau buat kecoh atau buat laporan polis. Tandangan sebelah pihak dan duit masuk ke account Jalilah. Polis nak siasat pun akan jadi serabut dan buang masa.
So, yang dah kena scam, kena bangkit lawan. Jangan jadi selfish dan foolish. Buat laporan polis, viralkan, dan tanam scammer tu daripada terus wujud menyusahkan dan menzalimi masyarakat.
Kenapa korang yang jadi mangsa takut? Kalau korang takut, kenapa suruh aku? Nanti aku kena saman, aku suruh jadi saksi, kau lari. Eloklah korang kena scam kalau korang sendiri pun tak berani nak lawan scammer!
So, berhati-hatilah deal dengan scam pre-IPO, scam sifu saham, scam NGO, scam crypto, itik dan ayam.