SCRUT AZLAN AL-AMIN?

S

Sebenarnya dah 2 ke 3 bulan dah aku ditag, disuruh dan dimesej supaya aku SCRUT individu bernama Azlan Al-Amin. Aku tak tau dia siapa, apa masalah dia. Aku pun tak kenal dia, dia tak pernah kacau aku. Aku pun bukan dalam industri yang sama dengan dia.

Beberapa hari ini pun aku dibubungi untuk SCRUT Azlan Al-Amin ni. Jawapan aku mudah, aku takda maklumat yang sahih dan sarih setakat. Aku tidak ditunjukkan apa-apa dokumen seperti,
1. Agreement atau kontrak.
2. Laporan polis.
3. Dokumen-dokumen sokongan.
4. Video atau rakaman.

Setakat ini tiada. Dalam masa yang sama, aku lihat mereka-mereka yang mengadu ini bukanlah mangsa, tetapi lebih kepada 3rd party information yang menghubungi aku. Diorang duk suru-suruh, minta-minta dan cabar-cabar aku. Aku hairan kenapa mereka taknak buat sendiri.

Mereka juga aku lihat orang yang sihat tubuh badan, mental dan fizikal. Maka, aku menyeru untuk mereka bangkit dan melawan sendiri since diorang yang ada segala maklumat tersebut. Since mereka yang semangat lebih dan macam ada personal vendetta.

Hukum mempertahankan maruah dan kebenaran kan wajib. Lebih-lebih lagi ke atas diri sendiri. Kata Anwar Ibrahim,
“Kalau tak berani tanggung risiko, jangan bicara soal perjuangan!”

Jangan sembanglah pasal perjuangan Palestin, perjuangan itu dan ini jika nak mempertahankan maruah dan harta sendiri pun gentar. Terketar lutut dan tak tidur malam bila dengar nak disaman, dapat LOD dan dapat saman. Kalau kita tak salah, kenapa takut dengan segala ugutan tersebut. Hadaplah..

Jadi, jika benar Azlan Al-Amin ini ada masalah, buat laporan polis, follow up laporan, buat saman sivil, viralkn buat public pressure dan terus melawan. Takkanlah sikit-sikit harap aku je bersuara. Kan aku dah cakap, aku ni takda masa, aku kan kerja dengan www.ifmal.com. Nanti boss aku marah.

Kalau nak minta aku tolong SCRUT, bayarlah masa aku nak buat research. Rate aku tak mahal, USD2,500/hour saja. Biasa aku perlu 3 hari untuk buat research. Yelah, aku ni takda NGO, takda funder, takda geran, dan bukan lebai. Mana ada duit extra macam orang lain.

Aku dah buat macam-macam platform nak tolong korang, korang boleh SCRUT company-company dia di Interepo (www.interepo.com). Korang juga boleh terus ke Tuntut (www.tuntut.my) untuk menuntut.

Tentang Azlan Al-Amin ni, aku tak pernah “bite” atau percaya langsung kisah-kisah atau cerita-cerita yang dibuat atau diceritakan. Biasalah, aku kan pegang kuat usul #mindaskeptikal. Mana aku nak terpengaruh dengan drama-drama macam tu. Dia naik helikopter ke, dia naik kapal perang pun aku kekal dengan prinsip aku.

Dia berjanggut besar ke, dia pakai jubah ke, kain pelikat je. Suit mahal ke. Dia nampak zuhud ke. Sikit pun aku tak terkesan. Tapi kalau nak peguam atau lawyer, bolehlah panggil Mahmud Jumaat ke, Akmal SK ke, Haziq DSubhi ke, dan Junaidi Mohamad.

Jika benar ada duri di atas jalan dan korang terlihat, maka koranglah bertanggungjawab menyingkirnya. Kata Nabi SAW,

لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ
“Aku melihat seorang pemuda yang mendapatkan kenikmatan di syurga kerana sebuah pohon yang dipotongnya di jalanan kerana akan mengganggu orang lain.”
[HR Muslim]

Lawanlah! Kalian bukan lemah, OKU, atau sebatang kara jika berada di atas kebenaran. Time korang nak invest tak tanya aku, time dah terkono, korang cari aku. Masa untung kau makan sedap sorang-sorang, masa dah rugi kau nak minta tolong free.

Haih..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.