SCRUT JUAL KETAKUTAN?

S

Ada orang tunjuk 1 posting kata SCRUT jual ketakutan. So, aku tanya dia, kau baca posting-posting SCRUT kau rasa takut dan menggeletar ke?

Dia jawab tak. Jadi, siapa yang baca posting-posting SCRUT jadi axiety, menggigil kanda, rasa takut sampai terbeli product SCRUT. Sila hubungi aku segera!

Aku rasa mungkin mamat ni taktau apa product SCRUT, apa sejarah SCRUT, apa pencapaian SCRUT, kenapa SCRUT dilahirkan, apa misi dan visi SCRUT. Atau mungkin, dia ni pembenci SCRUT.

Aku pasti dia main cakap je sebab dia tengah gaduh dengan Cikgu Fadli sebab Cikgu Fadli quote kata-kata aku. Tapi lepas aku go through hujah-hujah dia, nampaklah dia tu menang spisis #TaikPolitik.

Selepas aku go tru wall dia, aku mendapati dia tu sifu business. Dia meniaga air liur. Tengok wall dia pun sendu selain apabila cakap pasal politik. Bila aku tengok dia ada promote produk-produk psuedoscience, aku taulah dia level mana.

Aku juga tengok dia duk share posting-posting sifu business penunggang Nabi SAW yang terkenal. Yang ada isu dengan anak-anak murid, dan macam-macam hal lagilah. Macam tak kena dengan method tunggang gaya Nabi SAW.

Mari aku cerita kembali asal usul SCRUT, perkataan SCRUT ini lahir daripada perkata scrutinize atau scrutiny yang bermaksud tabaiyun atau tatsabbut. Atau examine thoroughly. Atau menyemak secara menyeluruh.

Idea SCRUT ini asalnya lahir daripada penindasan kapitalis kereta recond yang telah menipu masyarakat Malaysia sejak berdekad lama. Tipu mileage, tipu condition, tipu tahun. Tipu sana, tipu sini.

Kami hadir memberi solusi. Menyelamatkan masyarakat daripada terus ditipu dan ditindas kapitalis jahat ini. Tidak disangka mendapat sambutan masyarakat. Asalnya projek Godam Sahur sahaja.

Itu sebablah aku sampai hari ini masih berniat dan bercita-cita untuk menjadikan SCRUT ini syarikat public, menjadi milik masyarakat. Kerana tanpa mereka siapalah SCRUT. Tanpa masyarakat yang cakna, di manalah SCRUT.

Daripada SCRUT report, lahir SCRUT Inspection, SCRUT Auto, dan macam-macam lagi. Semua itu lahir daripada idea dan permintaan masyarakat. Kami cuba realisasikan. Kami cuba selesaikan segala masalah industri.

Aku taktau tang mana marketing SCRUT menjual ketakutan. Yang aku rencanakan adalah, marketing SCRUT adalah menyebar kebenaran, realiti industri, dengan data dan fakta jelas, dan solusi kepada kebejatan yang sudah lama wujud.

Kenapa perlu takut mendengar kebenaran? Kenapa rasa takut tahu realiti? Kenapa rasa takut dengan segala informasi SCRUT? Atau korang memang rasa tahu kebenaran itu sebuah ketakutan?

Siapa sini rasa takut dengan posting-posting SCRUT sampai nak beli product SCRUT?
Ado?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.