SCRUT MAT RODI!

S

Aku sebenarnya nak tulis kenyataan rasmi disebabkan nama aku juga dipetik di atas kehilangan Najib Saahari. Mula-mula ada yang bersuara,

“Saya ingat Tuan Aliff endorse Mat Rodi, Mat Rodi oklah..”

Aku pun tanya balik,
“Saya endorse apa dekat Mat Rodi?”

Dia jawab,
“Mengajar NFT.”

Aku tanya balik,
“Dah tu, apa kena mengena dengan IPO Farmfresh dan Najib Saahari?”

So, hakikatnya aku hanya endorse Mat Rodi mengajar NFT sahaja. Hanya mengajar ilmu. Aku tak endorse benda-benda lain. Segala program lain dan speaker lain.

Adakah disebabkan Mat Rodi kawan aku, semua perkara aku setuju dengan dia. SANGAT TIDAK! Aku tak setuju dengan MUDA, aku tak setuju dia panggil Najib Saahari ajar saham, aku tak suka Tony Fernandez, aku tak suka beberapa orang yang dia baik.

Tapi takkanlah disebabkan dia kawan aku, dia tak boleh kawan dengan orang yang aku tak suka. Takkanlah disebabkan aku kawan dia, aku tak boleh kawan dengan orang yang dia pangkah. Perkara ini tidak berlaku diantara kami. Ada kawan aku tak ngam dengan dia. Ada kawan dia yang tak suka aku. Kita kan dah dewasa!

Masa mula-mula Mat Rodi panggil Najib Saahari jadi speaker untuk program Hi Wealth dia, aku dah sound dia. Dia jawab,
“aku suruh dia ajar dan cerita pasal saham je.”

Itu pun aku tak setuju. Tapi aku bukan partner Mat Rodi dalam business. Ada korang nampak aku share pasal program-program Hi Wealth? Ada korang nampak aku jadi speaker? Aku siap warning dia dengan perkataan yang kalau aku tulis, karang hilang pula posting ni kena report atau auto detect dengan AI Meta.

Tidak, dan takkan. Aku hanya endorse Mat Rodi mengajar tentang NFT. Lebih-lebih, aku tak endorse, even aku tak involve. Kalau dah segala sifu saham aku tak endorse, Najib Sahaari dah berkali-kali aku kritik, takkanlah aku akan associate-kan diri aku dengan dia! Agak-agak lah..

Siapa Mat Rodi ni? Nama sebenarnya, Mohd Fakhruradzi bin Tajuddin. Korang yang follow dia dari dulu pasti tahu dia penulis buku TPPA versi harimau yang kemudian diambil oleh Tan Sri Shahrir Samad sebagai salah seorang think-tank. Dia ada buat startup nama Hartabumi, kemudian jadi Hi Home dan la ni jadi Hi Wealth.

Dia seorang jurubina atau architect sampai part 2. Undergrad di UIA, master di UMIST, Manchester. Kemudian dia buat master dalam Islamic Finance di INCEIF. Pada aku, dia junior aku yang agak pintar tapi kadang-kadang sengal. Seorang oppoturnist, bukan seorang fighter dan confrontational sangat.

Dia telah meninggalkan Tan Sri Shahrir Samad dan follow Tun M. No doubt, dia Tun M idolizer. Aku tau Tan Sri sangat kecewa dan pasti merajuk dengan dia kerana aku tahu banyak peluang dia dapat melalui Tan Sri.

Si Mat Rodi pernah buat Palestin Token dulu masa dia nak berjinak dengan crypto, memang aku sekolahkan dia sampai nak runtuh dunia. Mana aku support token dia tu. Aku suruh dia sedekah semua duit collection dan tutup.

Aku telah menggunakan SCRUT ANALytica untuk trace company lain dia. Mana tau dia tipu aku. Sebab masa aku tanya dia selepas ada report-report masuk message box aku,
“Kerjasama kau dengan Najib Saahari ni macam mana?”

Dia jawab,
“Collaboration je. Dia ngajar pasal saham.”

Semuanya bermula dengan Fdaus Ahmad yang approach Najib Saahari, kemudian si Mat Rodi gatal buat baik dengan dia. Padahal dulu berlaga angin masing-masing. Aku je konsisten tak ambil port atak berbaik dengan Najib Saahari.

Hasil carian aku tu, korang bolehlah beli report di SSM atau di interepo (www.interepo.com) untuk check betul ke tak diorang ni takda hubungan rasmi seperti memang partner dalam 1 syarikat. Setakat carian aku, takda.

Maka collaboration diorang adalah seperti Pemuda UMNO buat kelas saham suruh Naguib ngajar, Muhsin main bola dengan Sham Itik. Tidak lebih daripada itu barangkali. Aku tak tuduh diorang terlibat dengan apa-apa skim lain selain mengajar saham atau bermain bola.

Tetapi! Aku tetap menyuruh Mat Rodi buat polis report. Di sini, sekali lagi aku sebut dan aku tag dia,

“Mat Rodi Radzi Tajuddin, sila buat polis report, kalau kau tak buat polis report. Kau juga bersubahat. By next week kalau tak buat apa-apa kenyataan, aku akan “tanam” kau juga!”

Aku faham, mangsa scam ini kadang-kadang masih berharap untuk mereka dapatkan balik duit mereka. Kononnya, kalau buat laporan polis, scammer takkan bayar balik dah. Mereka in-denial, mereka takut rugi dan mereka takut nak berdepan dengan realiti menjadi mangsa scam.

Aku difahamkan Mat Rodi juga ada mewakili Naguib membentangkan tentang IPO Farmfresh, tetapi menurut mereka-mereka yang mengadu kepada aku, mereka bank-in kepada Scandar Capital milik Naguib, bukan Hi Wealth. Nasib Mat Rodi ibarat Si Rashid, terjerat dengan kebodohan sendiri dan degil tak dengar nasihat dan teguran aku dari awal.

Aku kekal dengan pendirian aku, selagi Mat Rodi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi secara terbuka. Aku tidak bersama dia walaupun melalui dokumen-dokumen rasmi, mereka bukanlah rakan kongsi.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.