SCRUT MB SANUSI!

S

Aku asalnya tak minat nak SCRUT MB Sanusi ni. Sebabnya, aku suka dia. Aku tau dia fighter dan dia asal orang susah, orang miskin. Cuma dia gopoh sikit lah. Biasalah bila banyak cakap ni, memang biasa tergelincir lidah. Orang Arab panggil sabq al lisan. Lagi-lagi dia dari Parti Syurga.

Tapi, disebabkan walaun-walaun menyerang aku hanya kerana mereka gagal faham konteks yang aku ingin sampaikan. Jadi aku belanja #NonPartisan untuk pilih nak aku SCRUT siapa secara percuma. So, walaun lepas ni berbaiklah dengan aku. Aku tak mati dikecam, aku akan retaliate macam nilah.

2 nama besar yang ramai orang minta ialah MB Sanusi dan TMB Ammar. Nama sebenar dia takda Nik. Ammar sahaja. Setelah voting dibuat. Sanusi dilihat lebih ramai yang nak aku SCRUT Sanusi. Maka bersiap sedialah diri ini untuk ke Melaka. Ruuhh Ruuhh Niihh Niihh, buang yang keruh ambil yang jernih.

Sanusi ini memang orang PAS, dia orang parti. Party-man tau, bukan party-animal. Apa pekerjaan dia sebelum ini aku taktau. Aku tanya saudara mara dan kawan-kawan aku di Kedah pasal Sanusi, depa kata Sanusi ni broker tanah lah, broker balak lah, broker lombong lah.

Tapi, yang pasti Sanusi ialah setiausaha politik (setpol) kepada mantan MB Kedah, Ustaz Azizan rahimahullah.

Ustaz Azizan jadi MB Kedah dari 9 Mac 2008 sehingga 5 Mei 2013.

Sanusi menjadi setpol dia juga dari tahun 2008 sehingga 2013.

Ada kawan-kawan di Kedah duk habaq, masa dia jadi setpol la dia main projek. Tapi sejauh mana kebenarannya? Aku ni, selagi takda bukti yang sahih dan sarih, aku tawaqquf dulu.

Anyway, aku telah run sistem SCRUT ANALytica dan aku menemui “link” Sanusi dengan dunia perniagaan kepada kayu kayan dan batu batan. Hubungan itu adalah melalui sebuah syarikat yang dipanggil CEMARA. Kumpulan syarikat ini milik, MP Merbok dari Bersatu yang bernama MOHD NAZRI BIN ABU HASSAN. Dulu orang Umno kan?

CEMARA ini ada macam-macam, kuari, perabot, granite, petroleum dan plantation. Sanusi join CEMARA 22 Disember 2009 ketika dia menjadi setpol kepada Ustaz Azizan. Wow! Ada meniaga ka masa jadi setpol? Dahsyat. CEMARA ni orang berniaga di Kedah kenal la siapa puak ni kan?

Nazri ni juga dilantik menjadi BOD di Syarikat Air Darul Aman milik kerajaan negeri. Kira rakan-rakan la kan? Korang boleh tengok-tengoklah sendiri. Tapi kalau korang ada dengar-dengar group CEMARA dan rakan-rakan ni ada dapat projek negeri, korang report-lah ke SPRM!

Korang boleh checklah setiap company itu di SSM atau di www.interepo.com untuk pengesahan.

Sekian, ini saja yang aku jumpa. Pasal kereta pula, dia ada Volvo XC90 dan Vellfire. Sebagai seorang usahawan yang berkawan dengan politikus, aku kekal dengan usul #mindaskeptikal tentang orang politik.

“Asal politikus itu penyamun dan penipu, melainkan setelah dibuktikan sebaliknya.”

😉

#NonPartisan

——

AliffAhmadAds – Jangan picit link di bawah.
www.ifmal.com

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.