SCRUT MRM-FIRDAUS WONG?

S

Ramai orang tag aku suruh SCRUT MRM dan Firdaus Wong. Aku dah cakap dan ulang banyak kali, itu bukan kerja aku. Kan aku dah ajar apa nak minta dekat NGO-NGO tu. Kalau diorang taknak bagi, taknak tunjuk, anggap jela NGO tu scam dan takda integriti.

Setel!

Kisah MRM ni pula lain, dah ramai kawan-kawan yang bunyi pasal MRM ni. Datang jumpa aku, mengadu dan bercerita. Tapi, tak bawa apa-apa dokumen. So, aku tak boleh nak cakap apalah.

Kalau korang perasan pun aku tak pernah iktiraf MRM NGO yang aku percaya. Rasa itu clear dah kot. Tapi, dari tahun lepas Firdaus Wong approach aku suruh aku advise apa nak buat untuk menaikkan integriti MRM.

So, aku suruhlah dia selesaikan segala audit sampai tahun terkini. Tapi dia nak aku buat secara serius, dia kata,
“Aku, nothing to hide!”

Beberapa pertemuan aku dengan dia sebelum ini pun dia minta advise dan dia balik bincang dengan AJK dia. Aku kasitau dia, kalau nak aku check secara serius, dia kena open semua.

Aku nak tengok MA, receipt-receipt, invoice, bank statement, kalau ada gaji EPF, SOCSO, LHDN semua aku akan tengok. Firdaus jawab,
“Ok, hang minta je apa hang nak, kami akan bagi.”

So, aku suruh dia buat surat lantik aku secara rasmi. Supaya aku boleh panggil AJK, funder-funder, pekerja-pekerja dan ahli-ahli NGO. Aku dah warning dia siap-siap,
“Lepas surat keluar ni, hang jangan sekat aku minta apa-apa. Kalau hang sekat, aku rembat hang openly.”

Firdaus nampak steady. Dia kata dia open dan akan terima segala penemuan dan teguran aku. La ni surat dah keluar, korang semua bagi aku masa sikit.

Aku ni bukan berniaga benda ni. Ini aku buat fi sabilillah je untuk ummah. Takda charge apa-apa pun. Apa yang akan keluar nanti adalah pandangan aku. Tiada apa-apa standard yang aku ikut. Ia standard aku.

Anyway, aku ucap tahniah kepada Firdaus Wong dan Multiracial Reverted Muslims – MRM kerana berani mengambil cabaran dengan menyerahkan tengkuk kepada aku.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.