Sharil Azri bagitau aku yang akulah satu-satunya orang yang letak hibah aku dekat nama selain isteri.
Aku bagitau dia, itu bukti aku percaya sahabat-sahabat aku. Aku tau, kalau aku mati diorang akan tengok-tengokkan ahli keluarga aku. Diorang pemegang amanah aku.
Isteri-isteri aku pula, mungkin kahwin lagi, orang lain pula yang tunggang dan enjoy hibah kematian aku nanti. Aku tak pernah halang dan larang diorang nak kahwin lagi kalau aku mati.
Lagipun isteri-isteri aku bukan macam bini-bini korang. Diorang semua level awesome dan independent, insyaAllah boleh survive kalau aku takda.
Persiapan bahagian mereka sudah disediakan untuk keperluan hidup. Sahabat-sahabat aku akan pastikan ahli keluarga aku tidak merempat.
Paling penting, aku percaya yang kematian aku takkan memutuskan rezeki mereka. Kematian aku tidak menyebabkan tuhan tertidur.
Lepas tu aku tanya Sharil,
“Kalau kau mati, bini kau takkan kahwin dengan orang lain ke? Atau kau dah suruh dia angkat sumpah setia hingga ke liang lahad?”