Dato’ Seri Dr. Mohd Nizom Sairi ialah CEO LHDN yang telah mengubah pendekatan LHDN daripada menyerang kepada bernegosiasi. Beliau juga CEO yang melayan gerakan aku melawan LHDN dulu selepas dia naik menjadi CEO LHDN kerana dia sangat memahami syarikat SME dan STARTUP.
Justeru, aku mengharapkan penggantinya meneruskan legasinya yang baik atau melakukan lebih baik terutama kepada golongan marhaen, SME, STARTUP seperti kita semua.
Teringat aku sepotong hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ
“Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”
[HR Muslim (1017)]