Mula-mula meeting dengan office Indonesia. Aku tanya,
“kalau kata krisis ini terus melarat, berapa gaji yang kalian sanggup dipotong untuk kelangsungan perusahaan?”
Jawapan awal,
“Terserah boss!”
Kemudian, aku tanya. Berapa persen kesanggupan untuk dipotong jika krisis ini berlarutan? Aku tanya seorang demi seorang.
80%, 70%, 60%, yang paling rendah 50%!
Hebat loyalitas kami di Indonesia. Rasa nak bergenang air mata aku.
Kemudian, HR syarikat start-up aku hantar 1 surat. Rujuk gambar.
Diorang propose untuk ditolak gaji mereka sebanyak 50%. Di akhir surat ditulis,
“Senang bersama, susah bersama.”
Lagi buat aku terharu!
Di syarikat-syarikat lain juga sama seperti yang lain. Selain seorang manager mencadangkan gajinya ditolak 85%, lagi seorang cadang gajinya ditolak 100%! Langsung taknak ambil gaji! Selain dia banyak forward duit dia untuk keperluan syarikat!
Sebenarnya aku tak bercadang untuk buat pemotongan gaji secara serentak. Aku rancang mengikut sales dan performance mereka bekerja ketika RMO ni. Bertanya hanya nak menguji mereka sahaja.
Aku percaya kesetiaan dan pengorbanan mereka ini adalah manifesfasi terhadap kepercayaan mereka terhadap kami. Selain kami tidak pernah sangkut membayar gaji-gaji mereka sebelum ini.
Aku bersumpah dengan nama Allah, mereka-mereka ini akan aku balas setimpal dengan apa yang mereka korbankan untuk syarikat-syarikat aku.
Aku bangga jadi kapten korang! Koranglah SAKA aku!
Staff Aku, Kebanggaan Aku = SAKA!
Staff korang macam mana?