Pagi tadi, Abang Sham (Tuan Haji Zulhisham Ayob) call aku,
“Jom meeting sat.”
Aku tanya kat mana. Dia jawab,
“Kedai sensei anak saya lah..”
Sampai-sampai, terkejut aku. ARR Bistro!
Ini milik hartawan, dermawan, koperatman dan CEO sekolah tahfiz terhebat di dunia!
Aku ada bercita-cita nak buka kedai makan, so ini peluang nak belajar.
Sesampai saja aku di sana ARR Seksyen 17, aku snap gambar. Aku baru perasan yang signboard dia takda tulis nombor lesen dan nombor ssm.
Seingat aku, kedai-kedai aku semua ada. Mungkin MBSA takda kot. Undang-undang Shah Alam lain. Sebab bandaraya kot.
Lepas sembang-sembang habis meeting, aku pun nak bayar. Masa nak bayar, cashier kata cash only. Aku tak bawa cash. QR boleh?
Aku tap. Keluar ARR Alam Impian. Aku kata, ini ARR Alam Impian, sini ARR Seksyen 17. Cashier jawab, ini saja boss kasi.
Aku pun tap dan bayar. Aku kan meeting syarikat tadi, aku nak claim lah. Kita meniaga kecil-kecilan. Semua kena claim la. Aku minta resit.
Ohya, di kaunter pun tak nampak digantung SSM atau lesen MBSA. So, tak pasti milik siapa ni. Milik sensei ke milik ARR Bistro Alam Impian. Pening!
Keluarlah resit daripada pos system dia. Dalam kereta, aku buka tengok. Takda nombor SSM, takda nombor SST, macam mana aku nak claim nanti. Kalau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia kata resit ni tipu guane? Nanti siapa nak tanggungjawab?
Anyway, aku nak tanya kawan-kawan yang ada mengaji sedikit agama. Berniaga cara macam ni patuh syariah tak?
Sebagai seorang muslim dan warganegara yang baik, perlukah aku buat laporan ke agensi yang sepatutnya.
Mohon nasihat..