SIAPA MEREKA INI KALAU TAK MASUK POLITIK, TAK JADI MENTERI, MP DAN ADUN?

S

Gaji + elaun ADUN ni biasanya pasti cecah dan lebih RM10,000. MP sudah pasti lebih lagi manakala menteri pula bergaji berpuluh-puluh ribu. Belum lagi dicampur dengan pelbagai elaun lain.

Minda skeptikal aku selalu tertanya-tanya, siapa diorang ni (ahli politik) sebelum jadi politikus yang dibayar wang rakyat? Adakah mereka memang sudah kaya? Berniaga apa? Kerja apa? Dah memang senang lenang dari azali? Atau mereka masuk politik untuk mendapat kesenangan dan laba dunia?

Aku nak bawa 2 contoh orang muda yang aku tahu latar belakang mereka. Yang aku tahu, kalau mereka tak masuk politik, mereka hanyalah budak biasa-biasa yang akan hidup macam rakan-rakan sebaya mereka. Unless mereka terpijak duit, jadi lucky bastard seperti terkahwin dengan lalaki tua kaya atau wanita matang yang kaya.

1. YB Rara
Budak ni dulu kerja jadi tukang bekam. Belajar pun biasa-biasa je. Masuk DAP, lawan di Ketari, menang jadi ADUN. Dapat gaji besar, terus mampu beli basikal mahal. Takdanya dia jadi nak sedekah gaji dia dekat marhaen, baik dia beli basikal. Kalau dia jadi tukang bekam, boleh masyuk macam sekarang?

2. Syed Saddiq
Budak ni tak pernah kerja. Dia grad law, kalau jadi lawyer, takdanya boleh kaya raya dalam masa 5-10 tahun dengan jadi lawyer. Tapi lepas dia jadi menteri, terus masyuk. Sampai jumpa duit RM200,000 cash dekat rumah. Walhal dulu cerita sedih ayah kena keluar gelap, balik gelap kerja di Singapura.

Sebab tu dalam manifesto parti aku nanti, gaji ADUN, MP, dan menteri akan ditolak 90%. Pencen pun takda. Aku nak cari orang yang nak masuk politik bukan untuk nak jadi senang, tapi nak berjuang. Bukan orang nak cashout duit, kasi kawan projek, kerja dan gaji, tapi memang nak bankrapkan diri.

Baru steady! Baru macam Umar al-Khattab, masa wafat, takda apa-apa. Unless sebelum kau masuk politik, kau memang dah kaya, ada mesin duit macam Nik Izwan Kamel dan Abu Aisy..

#POM

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.