SIAPA SEBENARNYA UCHIHA ITACHI?

S

Watak hebat ini telah mengorbankan dirinya untuk maslahah negara dia yang lebih besar. Digelar pengkhianat dan diburuk negaranya.

Tapi sebenarnya Itachi menjadi spy di dalam organisasi terroris dan musuh negara dia, Akatsuki. Sebelum itu, dia menjadi double spy kepada negara dan bangsanya.

Hebat dan ikhlasnya Itachi sehingga tiada siapa yang tahu hakikat sebenar pengorbanan yang dia lakukan terhadap negaranya dan adik kesayangannya sehingga ke akhir hayatnya.

Dalam drama “End Game” Tun M kali ini, pelbagai teori Itachi yang ditulis oleh netizen-netizen. Ada yang kata Tun M lah Itachi, berkawan dengan musuh bangsa demi menjaga bangsa.

Ada pula mengatakan TS Muhyiddin juga sebagai Itachi, walaupun sedang sakit dan senyap, sanggup digelar pengkhinat, melakonkan watak pengkhianat untuk menyelamatkan bangsanya.

Tak ketinggalan juga, DS Azmin juga dikatakan seperti Itachi, meninggalkan kerusi empuk parti dan menteri, menjadi penjahat di mata organisasinya supaya bangsanya diselamatkan.

Siapa sebenarnya Itachi?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.