Dulu, aku selalu terfikir kenapa “diorang” taknak downgrade hidup bila ada masalah?
Selepas aku bekerja, berniaga, hidup lebih lama, kenal ramai orang, faham banyak isu, aku rasa cara aku berfikir salah. Sebabnya, kita tidak tahu dan alami masalah orang lain.
Sebagai contoh minah bawah ni, dia suruh orang tu downgrade pakai Myvi dan cari rumah landed yang harga RM1,500. Dia tak tanya dulu bila mak dia bedridden, anak dia OKU macam mana. Kereta apa yang dibeli, rumah dia duduk tu beli ke sewa, bila beli. Apa lagi musibah yang dia dah kena.
Rumah landed RM1,500 dekat mana area KL ni? Kalau ada pun black area. Kondo pun tak dapat dah. Mestilah kau nak letak anak-anak dan isteri kau dekat tempat yang terbaik. Takkan nak letak dekat tempat banjir, kawasan rampai perampok. Adoih!
Kalau kau memang dari mula tahu mak kau akan bedridden, akan dapat anak oku, mungkin kau boleh rancang. Benda datang kadang-kadang tak bagi salam. Sebagai contoh, dah terbeli rumah, takkan nak juai, kalau juai rugi. Kereta dah terbeli, kalau jual ada hutang lagi.
Lagipun isu kawan aku tu bukanlah dia overspend, pada aku dia layak. LHDN yang nak pow lebih. So, dia terkono. Biasalah kalau LHDN minta receipt kau jaga mak kau, guane? Receipt kau jaga anak OKU? Jaga anak OKU dan orang bedridden ni lain. Bukan macam orang sihat.
Aku tak boleh brain dia suruh pakai Myvi anak 5 orang. Dengan sorang OKU. Anyway, adik dia kerja LHDN. Padanlah..