SIAPA YANG BETUL? PEGUAM ATAU SITI BAINUN?

S

Ketika membela diri, Siti Bainun telah menceritakan “her side of the story”. Walaupun pelbagai drama yang dia buat, akhirnya Siti Bainun disuruh membela diri.

Dalam kenyataan pembelaannya, Siti Bainun menyatakan yang Bella terlanggar termos yang berisi air panas. Katanya,

“Yasmin (penghuni Rumah Bonda) turut masuk campur dan terlanggar almari yang menempatkan termos, menyebabkan termos jatuh ke arah Bella dan air panas dari termos itu tumpah pada Bella dan almari.”

Baca : termos (sila google)

Sedangkan peguam Siti Bainun pula bersungguh-sungguh menyatakan kisah sebenar dan pemanas air. Siap diletak contoh gambar pemanas air.

Rujuk :
https://www.facebook.com/100001564414911/posts/4445859595476144/?mibextid=cr9u03
https://www.facebook.com/100001564414911/posts/4431838420211595/?mibextid=cr9u03

Maka siapa yang betul?

Aku secara peribadi menolak sama ada ia termos atau pun pemanas air. Amat tidak logik termos ditinggal terbuka dan diletakkan di atas almari. Lagipun tangan Bella terdapat luka seperti diikat.

Manakala pemanas air pula lebih tidak logik kerana mana-mana pemanas air yang hendak mendapatkan sijil sirim harus melepasi ujian keselamatan. Selain kabel power yang pendek, penutupnya juga mesti dilengkapi dengan “locking sistem” yang ada beberapa redundancy.

Mungkin orang yang tidak belajar engineering selalunya main cakap saja ikut suka. Lebih-lebih lagi jika dia ada kepentingan. Orang yang belajar engineering sangat faham tentang tentang hal safety ini. Itu yang aku tergelak je ketika pemanas air jenis itu yang ditunjuk.

Padahal, pada aku cerek lagi logik nak tertumpah kerana tidak ada safety features seperti pemanas air yang ditunjuk. Kan Tetapi, OKT Siti Bainun sendiri kata termos pula. Bukan pemanas air, bukan cerek. Kan?

So, cerita siapa yang betul?
Cerita Siti Bainun? Cerita peguam dia? Cerita adik Bella sendiri?

ps : Orang berakal pasti menolak ceritera pemanas air dan termos.. Kan?

😉

#JusticeForBella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.