Kalau tengok di wall aku, ramai yang terkejut. Ramai yang baru tahu. Yelah, selama ni kita semua ingat kerja NGO ni kerja sukarela, kerja voluntary. Betul tak? Amil zakat pun ambil 1/8 = 12.5% je. Baik kita bayar zakat je kan?
Sebab itu aku suggest korang SCRUT betul-betul NGO tu, minta audit report, management account (MA) dan bank statement diorang, kita tengok dan check, kalau puas hati, kita derma atau infaq.
Siapa sini yang memang redha RM100, RM1000 atau RM100,000 korang derma atau infaq itu untuk bagi NGO dan para penunggangnya hidup senang? Para menunggang tak perlu strive, struggle dan hustle untuk hidup. Kerja mudah, collect fund-hantar. Semuanya ditanggung beres dengan dana collection tu.
Semalam ada seorang individu tag aku untuk membalas hujah aku. Aku tak faham kenapa dia nak defensive sangat. Siap tag aku lagi, untuk apa? Nak raih populariti? Nak perhatian? Takpa, aku jawab.
Kalam aku umum, kalau ada NGO yang jujur dan amanah, sesen pun tak ambil, memang purely voluntary, mereka takkan terasa. Sebab mereka pun tau, orang lain buat kerja macam tu, mereka pun tau right mereka nak ngap the 30%. Kalau yang terasa ni, mesti ada something wrong.
Aku rasa nak tergelak bila dia kata ada ceo NGO gaji RM4,000 kerja siang malam. Just nak bagi tahulah, kerja cari asnaf ni asalnya bukan kerja kau, bukan kerja NGO, kerja kita semua dan dah ada badan yang jaga seperti Pusat Zakat, Jabatan Kebajikan, Baitulmal.
Ada ceo NGO tak ambil gaji pun. Pada aku, sebenarnya gaji RM4,000 itu besar dan banyak. Nak tahu juga apa kelulusan dia? Apa pengalaman dia? Kenapa taknak kerja yang betul-betul? Setakat berjalan-jalan cari publisiti dan asnaf, dengan dibayar. Ramai yang boleh buat.
Dia ingat orang lain tak kerja siang malam? Bro, kau kerja siang malam sebab dah ada gaji. Kami kerja siang malam cari gaji. Ada beza tu. Aku ulang balik..
Kau kerja siang malam dah ada gaji, kami kerja siang malam cari gaji. Lain kan?
Sepatutnya ceo tu jadi ceo syarikat, bukan NGO. Dia sendiri kena buktikan dengan kerja keras dia boleh jadi penyumbang, bukan menunggang. Macam mana dia nak ajar asnaf sedang dia sendiri menunggang. Patutnya dia resign, cari kerja ceo tempat lain, bukan dekat NGO.
Hujah yang paling dangkal adalah dia suruh kita berhenti berniaga. Masuk makan gaji dengan NGO! Kah kah kah! Apa bangang punya hujah ni! Kah kah kah!
Oi, siapa nak kerja makan gaji sedap boleh contact brother ni! Apply jadi ceo!
Baik kau suruh ceo NGO tu resign, cari kerja. Laku ke tak dia dan skill set dia, survive ke tak dia kat luar. Boleh dapat ke gaji RM4000-RM5000.
Just disclaimer and reminder, kalau NGO kau steady, kau tak payah terasalah..