Since budak-budak, abang-abang, kakak-kakak dan lebai-lebai ISMA takda yang komen pasal SPRM masuk Amano Fulustino.
Izinkan hamba memberi pandangan. Boleh ya?
Mula-mula aku nak kasitau, aku tak pernah buat apa-apa laporan SPRM terhadap Amano Fulustino. Maksudnya, mungkin wall aku sentiasa diawasi oleh mereka.
So, korang hati-hati kalau aku start memekak ya!
Cumanya aku tak nampak di mana unsur rasuah berlaku di dalam isu ini. Tapi mungkin ada isu salah guna dana lah kot. Tapi pun, aku rasa teknikal masih berpihak kepada Amano Fulustino.
Yang confirm ada isu adalah isu syariah seperti yang ketengahkan oleh Dr. Abdel Rahmanov dan Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil. Aku pun dah sebut awal lagi. Cuma aku takda PhD agama. So, slow sikit orang nak tangkap.
Bukan apa, mungkin SPRM akan ditunggang oleh orang-orang ISMA jika SPRM tak dakwa. Aku tulis siap-siap, nanti korang mungkin akan dengar,
“SPRM dah siasat, tak kena apa-apa dakwaan pun. Bukti Amano Fulustino clean! Takbir!”
Ha, korang get ready-lah!
Aku nak kata siap-siap kat sini supaya korang jangan tag-tag aku nanti, jika sekiranya perkara itu berlaku.
Ia TETAP tidak menafikan HAK PENDERMA untuk mengetahui PERBELANJAAN Amano Fulistino secara TERPERINCI dan BERDOKUMEN!
Ia TETAP tidak menafikan HAK PENDERMA untuk diminta KEIZINAN wang derma untuk digunakan selain daripada MEMBERI BANTUAN seperti yang diiklankan.
Ia TETAP tidak mensucikan Amano Fulustino daripada kesalahan syariah yang telah dilakukan.
Clear?
Unless-lah, SPRM boleh tolong release-kan segala dokumen-dokumen yang masyarakat nak lihat je. Amano Fulustino tak berani release.
1. Management Account
2. Bank statement
3. Senarai vendor/supplier/contractor/syarikat agensi pengiklanan dan marketing
4. KWSP statement dan SOCSO statement.
5. Senarai aset-aset yang dikumpul. Kalau disewakan, kepada siapa? Ikut market rate tak?ISMA ke? Gang sendiri ke?
6. Senarai claim-claim daripada staff, board dan ayatolla.
Itu saja, bukan roket sains. Simple je. Betul tak?
Semalam aku ke seksyen 3 Bangi rumah member, driver aku tersesat. So, terlalu office Aman Palestin yang gah. Sebuah banglo corner lot di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi!
Aku tertanya-tanya, apa keperluan beli banglo untuk buat office? Siapa owner banglo tersebut sebelum ini? Kalau orang politik, biasa ada “cashout” tepi. Tapi lebai-lebai ISMA ni, takkan buat cam tu kan?
Steady ka? Mungkin inilah salah satu aset daripada RM11 juta aset tu barangkali.
Kan?