Sekarang ini, rakyat tengah susah, masyarakat tengah gelisah, maka amat wajarlah pemungut cukai wajar merasai denyut nadi rakyat.
Tahun lepas mereka dapat BONUS di saat syarikat sme banyak yang tutup, pengangguran sehingga hampir 1 juta orang, sudah ada yang membunuh diri. Adakah ini keadilan dan maslahah cukai dikenakan kepada rakyat?
Dengan menteri dan timbalan menteri gaji berpuluh ribu. Di sana bertaraf menteri, di sini bertaraf menteri. Adakah ini kebaikan yang dicanang? Itu sebablah perubahan mesti bermula dengan diri sendiri. Takkan nak harap menteri!
Kalau pemungut cukai mulakan, sudah pasti teori domino akan berlaku. Adakah pemungut cukai akan dibuang kerja atau ditolak gaji sekiranya target tak tercapai? Tidak bukan.
Sepatutnya pemungut cukai ini menjadi ejen rakyat dan masyarakat memberitahu kerajaan yang rakyat tengah susah, kami tak boleh kutip banyak. Bukan jadi ejen kerajaan yang menindas dan memeras rakyat!
Fikir-fikirkan..
https://www.facebook.com/groups/1483603055330698/posts/1515531575471179/