Disebabkan komentar pasal signboard dalam Bahasa Cina yang gua baca tak best. Meh sini gua nak komen. Lu orang baca baik-baik. Jangan jadi lebai!
Bahasa Cina adalah antara bahasa yang paling degil di dunia macam Bahasa Korea, Jepun dan Arab. Bahasa yang susah untuk berinovasi dan berintegrasi. Gua nak fokus Bahasa Cina je sebab gua keturunan Han yang kalah perang candu. Kah kah kah!
Lu orang tau tak Bahasa Cina ni tak flexible langsung hatta kata nama khas pun dia tuka. Macam jilaker! Gua cukup meluat bab ni. Ini disebabkan sounds dan words yang limited dalam bahasa itu sendiri.
Contoh 1 : Malaysia
Dalam Bahasa Cina, ditulis 马来西亚, disebut Mǎ lái xī yà. Tak ke buruk bunyi dia. Lari dari bunyi asal. Suka hati dia je tuka-tuka. Tapi ini tak ketara sangat. Kita pergi ke nama khas seterusnya.
Contoh 2 : Penang atau Pulau Pinang.
Dalam Bahasa Cina, ditulis 槟城 disebut Bīn chéng. Ok, kau bayangkan pelancong China datang kat lu, dia kata :
“Excuse me sir, could you show me the way to get train to Bīn chéng?”
Apa lu akan jawab?
Contoh 3 : Klang
Dalam Bahasa Cina, ditulis 巴生, disebut Bā shēng. Ha, lu tengok ni. Dari Klang jadi Ba Sheng. Kan ke lu dah tuka nama khas jadi nama baru yang tak dikenali. Wtf?!!!
Contoh 4 : Mahathir
Lu tengok, nama orang pun dia adjust. Ditulis 马哈迪, disebut mǎ hā dí. Sesuka hati je tuka nama orang kan?
Contoh 5 : Ahmad
Akan ditulis 阿末, akan disebut ā mò. Dah macam mop dah. Dari Ahmad, jadi Amok! Kah kah kah kah. Diorang datang rumah lu, gua mau cari amok!
Contoh 6 : Anwar
Ditulis 安華, disebut ān huá. Anhua plak. Haha. Nampak tak betapa tak sesuai menggunakan Bahasa Cina untuk jadi petunjuk tempatan!
Kenapa gua setuju tulisan jawi dikekalkan kerana ia punya nilai sejarah asal sebutan tersebut di tanah air kita. Sebagai contoh Jalan Esfahan. Kalau ada Jawi, kita kan tau sebutan sebenarnya adalah اصفهان, bunyi Sodd.
Jawi juga adalah tulisan dalam Bahasa Melayu, jadi tak bolehlah nak dinafikan kewujudan dan legasi tulisan tersebut. Ini legasi sejarah yang punya nilai budaya dan adat masyarakat.
Lu orang nampak tak betapa tak logiknya nama khas ditukar dan dilarikan sebutannya. Nama khas adalah nama khas. Kaum Cina nak sebut cara diorang sebut itu masalah diorang, tapi tulisan signboard mestilah berbunyi sebutan yang disebut masyarakat setempat dan asal.
Buat saudara-saudaraku kaum Cina, gua tau ramai dikalangan lu orang pun terpaksa bubuh nama omputih kerana sedar nama lu sendiri dalam Bahasa Cina pun kadang-kadang sukar disebut dan lu sendiri pun malu mau sebut. Jadi takkanlah Klang kena jadi Ba Sheng, buruk benau! Ahmad jadi Amok?!! Kan?
Lu orang faham tak? Siapa tak faham, dia lebai!