SITI BAINUN KALAH LAGI!

S

Keputusan terkini 6-0

Akhirnya kesemua permohonan mendapatkan semula 5 anak angkat Siti Bainun dicampur dengan permohonan untuk membuka semula Rumah Bonda telah gagal dan ditolak mahkamah yang mulia.

Kelmarin, sekali lagi pasukan guaman Siti Bainun tewas untuk permohonan anak angkat ke-5-nya. Sampai media pun dah malas nak ambil port pasal berita kekalahannya.

Walaupun Siti Bainun diwakili oleh peguam-peguam yang hebat, handal dan terkenal. Yang kononnya boleh menang. Malangnya mereka tewas teruk. Bukan 1-0, 2-0, tetapi 6-0!!!

Teringat aku masa zaman remaja, ada seorang abe dari Pattani, dia fan Liverpool era Carlsberg sponsor Liverpool. Memang penyokong tegar Liverpool lah.

Manchester United telah ditewaskan 3-0 oleh kelab bottom 3. Maka, abe tu nganjing fan MU,

“1-0 kalah..”
“2-0 kalah malu..”
“3-0 malu bulu bulu..”

Aku tak boleh bayangkan kalau 6 kosong, apalah dia akan sebut.

Anyway, dengan keputusan tersebut, tahulah kita yang mahkamah telah membuat keputusan yang Siti Bainun tidak layak dan fit untuk menjaga/mengambil anak-anak angkat.

Aku masih tertanya-tanya, apalah sumber pendapatan atau business si Siti Bainun. Mohon Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia siasat sikit. Kaya semacam je kan? Bayar cukai tak?

Anyway, thanks adik Bella yang telah menjadi asbab anak-anak lain diselamatkan. Buat gopren di sana, jangan sedih-sedih. Nanti kanda lanje dinda eskrim Godiva ya!

Korang rasa apa sebab kalah?
1. Memang itulah kebenaran?
2. Co-counsel tak power?
3. Salah teknikal?
4. Hakim terkhilaf?
5. Balasan tuhan?

😜

#JusticeForBella
#Justice4Bella
#LoveAminahtul

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.