Aku dan TMJ pula kena cari dia, jumpa dia. Kami pula kena ajak dia berjumpa. Lain level betul dia ni.
Sebenarnya, kalau betullah dia nak come clean, from the very beginning dia dah buat. Sebab dia boleh suruh lawyer dia tulis surat dan sebagainya.
Sebenarnya, kalau Siti Bainun nak come clean, masa mula-mula video adik Bella viral tu, dia dah buat dah. Dia dah boleh jawab. Tapi dia memilih untuk main kotor.
Aku diantara mangsa-mangsanya. Aku dikenakan saman komital hanya kerana aku bertanya,
“Siti Bainun kerja apa? Business apa? Sampai boleh kaya bela anak angkat ramai-ramai?”
As simple as that. Logik akal tahu ia tidak komital. Tiada contempt of court. Tapi mereka beriya-iya. Yang lebih menyakitkan, firma gopren aku digunakan. Sedih.
Tapi alhamdulillah. Fact is fact. Mahkamah telah melepaskan aku tanpa perlu masuk ke kamar. It’s clearly not a contempt of court. Dia memang try nak kenakan aku.
Siti Bainun boleh mengemukakan bukti-bukti yang segala yang terjadi adalah hanya kemalangan bukan melantik propagandis untuk menyerang kami.
Sebagai contoh, dia buktikan dia dah bawa adik Bella ke hospital dan pengesahan doktor. Dia boleh tunjuk bank statement NGO dia, bank starement dia, buktikan mana income dia dapat.
Itu pun kalau nak come clean. Kalau aku, aku dah tunjuk semua dah. Barulah at least mendatangkan keraguan kepada #MindaSkeptikal aku.
Ini, dia pakai antivax Mat Kool pula jadi propagandis. Lagilah siapa nak percaya kan? Lepas tu duduk serang-serang saksi. Nampak macam tiada kebijaksanaan. Sungguh kasihan antivax Mat Kool tu.
Anyway, aku tak kenal siapa Siti Bainun, aku takda akses kepada dia, tapi aku pernah tanya, dia kerja apa? Business apa? Apa income dia? Meh sini, tunjuklah segala bukti yang ada dokumen. Transaksi dan money trail.
Takyah jumpa pun. Boleh publish je media sosial dia. Bukan dia pernah meloncat gembira masa di-charge pengabaian ke, di media sosial dia. Unless dia nak invite aku masuk audit NGO dia, then kita boleh arrange perjumpaan.
Berani?
La ni dah masuk mahkamah. Tapi takpa, suruh je propagandis antivax Mat Kool publish bukti-bukti yang adik Bella dijaga dan dirawat dengan baik.
Ramai yang sangsi dan pelik. Daripada montel dan gebu, sampai jadi anak Congo. Itu yang orang tertanya-tanya. Nak tau. Melihat adik Bella dengan PM tempoh hari. Nampak sudah kembali kontel dan gebu.
Mata insani majoriti manusia tidak boleh tertipu dengan propaganda. Mata insani juga tidak boleh ditutup dengan wang ringgit. Ia hadir dari hati yang bersih dan akal yang sihat.
Aku dan TMJ sama sahaja cara berfikir. Kami nak tahu. Setakat ini, belah Siti Bainun tak menjawab persoalan-persoalan yang bermain dalam minda kami. Bahkan banyak soalan-soalan yang terus menerus bermain dengan minda kami selepas tindakan-tindakan yang mereka lakukan.
Apa pun, kami bukan sombong taknak cari Siti Bainun, kami nak tau, dia meniaga apa? Kerja apa? Business apa? Pergi ke Filipina bawa duit INDIVIDU mana? Dah tau, barulah kami boleh consider. Takkanlah kami nak cari orang yang kami tak kenal.
Betul tak kawan-kawan? Sekarang ni, mereka ni siapa nak seru-seru aku dan TMJ kena cari dia. Aku memang tak jumpa orang yang aku tak kenal, rasanya TMJ pun sama kot.
Jadi, sila kenalkan diri anda!