Sekolah Rendah Islam Sejangkang. Guru besar positif Covid-19. Sekolah kena tutup, kita faham sebab sekolah rendah takda asrama dan tempat tinggal. Guru besar dijangkiti mungkin kerana pulang dari Indonesia.
Matrikulasi Kuala Pilah seorang pelajar positif Covid-19. Kolej ditutup dan semua pelajar diarahkan pulang. Ini bangang! Beberapa pelajar lain yang berkemungkinan telah dijangkiti kerana berkawan rapat dengan pelajar yang positif itu telah membawa pulang virus Covid-19 ke kampung masing-masing.
Sepatutnya pelajar yang positif itu harus dirawat manakala pelajar-pelajar dan guru-guru di situ harus kekal di cluster tersebut sehingga kesemua mereka disahkan negatif Covid-19.
Itulah cara sebenar mengawal. Bukan tutup universiti atau kolej suruh mereka pulang. Dah semalam mereka bersesak-sesak di TBS pula. Satu bad cluster baru himpunan manusia di sana. Maka tidak mustahil second wave akan melanda!
Tentang hal wabak ini, aku teringat bagaimana Nabi telah mengajar kita bagaimana mengawal wabak melalui kawalan cluster.
Hadis sahih dari Ibnu Umar yang panjang, aku ambil bahagian penting sahaja, kata Abdul Raman bin Auf,
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya.”
Kekal dalam cluster anda! Jangan lari!