Banyak betul gambar-gambar dan mesej-mesej Ebit kepada wanita tersebut ya?
Ebit, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
—-
Apa pun, kita mendoakan mangsa-mangsa yang telah tertipu dengan mana-mana lebai sex predator diberikan kekuatan untuk menuntut keadilan.
—-
Untuk pengetahuan ramai, Ebit Lew bukanlah seorang muallaf seperti yang dia dakwa, bukan juga seorang ustaz yang memiliki kelulusan dalam bidang agama, juga kekayaan dan kemewahan yang ditunjuknya, masih diragui punca dan asalnya.
—-
Begitulah aku, orang sentiasa berpegang dengan usul #MindaSkeptikal dan prinsip #EvidenceBased.
Jangan biarkan dirimu ditipu!