Masuk mahkamah minta cerai terus..
Takyah propa macam seorang peguam tu. Konon pandai undang-undang, independent, maki hamun dan aibkan suami, lelaki kaki pukul, tapi tak berani nak bercerai. Lemah dan lembik beliau tu.
Puteri Sarah juga steady. Dia aibkan suami dia. Dia minta cerai. Puas hati. Takkan nak balik semula dekat laki yang dia dah ludah kan? Apa pun Puteri Sarah dah buat tindakan yang betul.
Ya, sepatutnya Syamsul kena lepaskan Puteri Sarah seawal isterinya mengaibkan dia. Aku pun pelik kenapa Syamsul taknak lepas. Kan dia dah dapat bini baru. Pun nak jadi suami daiyus juga ke?
Apa pun, nasihat buat mana-mana pasangan. Kalau dah rasa tak puas hati dengan pasangan korang. Takyahlah gaduh-gaduh kat public. Pergi pejabat agama minta dilepaskan.
Yang suami pula, orang dah minta. Bagi jela. Buat apa nak simpan duri dalam daging, api dalam serkam, orang yang dah taknak kita kan.
Betul tak?