SUAMI HINA YANG CELAKA..

S

Korang nak tau siapa spisis macam ni. Korang boleh tengok keliling korang. Memang ramai. Selain daripada mereka ini membenarkan bini mereka buka phone dan breach privacy kita, mereka juga breach privacy kawan-kawan bini dia.

Teringat dulu aku ada 2-3 kawan yang spisis ni.

(Cerita 1)
Aku pernah cakap..
“Comel juga si XXX ni ek..”
Kawan aku sorang ni jawab,
“Tak comel la bro, telinga capang la dia tu..
”Terkejut aku dengar jawapan dia, aku tanya,“mana kau tau, dia kan pakai tudung..”
Dia jawab,
“Aku tengok dalam group whatsapp wife aku, diorang share gambar dalam rumah masa bujang dulu. Capang duh telinga dia..”

——

(Cerita 2)
Aku bergurau dengan kawan aku si TB sorang ni..
“Weh, akak ipar kau dah kahwin ke, nampk elok gak..”
Dia jawab,
“Bolehlah, belum kahwin. tapi rambut dia Maggie la bro. Cam afro..”
Aku tanya,
“Mana kau tau? Akak ipar kau kan solehah , siap pakai niqab lagi..”
Dia jawab,
“Aku tengok dalam group whatsapp adik beradik wife aku. Diorang ada share gambar-gambar diorang..”
Aku sambung tanya,
“Diorang add kau dalam group tu ke?”
Jawapannya,
“Taklah, itu group perempuan-perempuan. Aku tengok pakai phone wife aku lah..”

——-

Begitulah kisah bagaimana rahsia, maruah dan aib orang diketahui dan dikhianati kerana perangai korang laki bini macam babi. Sebagaimana aku tak setuju bini buka phone laki, aku juga tak setuju laki buka phone bini.

Siapa sini suka buka phone bini? Or buka phone laki dia?

Aku nak unfriend..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.