Aku terdengar nama-nama ini yang melawan PTPTN. Aku dengar ia diminta untuk dimansuhkan terus hutang-hutang tersebut.
Katanya perjuangan mereka adalah pendidikan percuma. Yang paling terkenal, Adam Adli lah. Lepas tu Rafizi Ramli yang siap keluar formula dan debat dengan KJ.
Young Syefura Othman, We Are All Safwan Anang, Nik Nazmi, Wong Chen, Fahmi Zainol dan PMX Anwar Ibrahim juga pernah menjadikan PTPTN gula-gula kempen untuk PRU-PRU sebelum ini.
Adakah perjuangan pendidikan percuma hanyalah naratif cari makan untuk mendapat kuasa dan kerusi empuk? Bukan perjuangan yang ikhlas? Jika ia perjuangan ikhlas kenapa tidak diteruskan?
Benarlah kata Thomas Sowell,
“Politics is the art of making your selfish desires seem like national interest.”
Teringat lagi masa tu, ada kawan sokong Umno pun pangkah PH/PR sebab harap takyah bayar PTPTN.
So, apa lagi?
Lawan!
Lawan tak?
Ke jalanan tak?
Pasang khemah? Occupy?
Berani tak lawan menteri Umno ni?
Yang parti lebai baik diam, nasib zaman menteri korang tak keluar statement camni je. Korang pun 2×5 je kan? Menteri dan YB korang dah sedap dapat gaji masyuk, ghaib terus.