SUJUD DAN CIUM KAKI MANUSIA JUGA DIBENARKAN..

S

Kalau aku nak bentangkan dalil dan pandangan ulama’ yang membenarkan sujud dan cium kaki manusia, aku boleh cari untuk bentangkan. Aku tahu memang ada. Pandangan-pandangan syadz sebegitu memang ada.

Tapi adakah agama Islam ini berdiri untuk mencari ruang dan peluang untuk menjauhkan diri daripada ajaran yang lebih afdhal dan aula? Aku hairan kenapa pandangan yang terdapat padanya khilaf dan bahkan makruh, ia masih hendak dibela.

Seronok sangat ke cium tangan orang? Tangan Nabi, sahabat dan aimmatul salaf ni bolehlah aku kira lagi. Ini tangan lebai entah mana hala pun nak diajak orang cium dan jilat. Gila puak-puak “penyembah” manusia ni.

Di wall aku, aku hanya akan mempromosi pandangan yang aula’, yang lebih afdhal dan yang lebih mendekati sunnah. Kalau khilaf, ia khilaf yang muktabar.

Siapa tak setuju, sila promosi ajaran sesat korang di wall masing-masing. Aku tak minat dengan ajaran atau praktis Islam yang menunjukkan kebodohan dan hampir kepada penyembahan manusia.

So, nak aku share dalil-dalil yang membenarkan untuk cium kaki manusia tak?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.