SUMBANGAN DANA SENDIRI DAN DANA AWAM..

S

Dulu aku pernah collect dan sampaikan sumbangan awam (kawan-kawan aku) kepada mangsa musibah. Dah sampaikan, aku minta snap gambar.

Aku bagitau dia. Ini duit kawan-kawan saya yang baik hati. Bukan duit saya. Kawan-kawan saya. Saya ini hanya menyampai sahaja. Aku tak post di media sosial. Aku tak bawa cameraman.

Pulang ke rumah, aku kumpul semua resit beli barang dan cash yang dikeluarkan, aku compilekan, kemudian aku hantar kepada kawan-kawan aku dengan gambar semasa buat sumbangan.

Aku tak claim minyak aku, tak claim masa aku, tol aku. Sebab aku anggap ia sumbangan aku juga. Jadi 100% sumbangan sampai ke tangan penerima. Tanpa dirembat kos pengurusan!

Tapi aku rasa sangat sesak dan semak, so, lepas tu aku wat projek pakai duit sendiri dan kawan-kawan yang dah level blood je. Itu pun kita tak meminta.

Aku tak renyah untuk track balik nak jaga integriti dan transparency.. Sebab..

Suka hati akulah, duit aku.. Bukan duit orang, bukan dana awam..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.