Hujung minggu lalu, aku ke kelas MBA. Subjek bulan ini adalah Metodologi Kajian (Research Methodology). Pensyarah mengajar tentang mencari kertas kajian (researh paper) atau jurnal (journal) di Google Scholar.
Mula-mula aku nak berlagaklah untuk aku tunjuk hasil carian nama aku. Sekali aku ternampak ada satu kajian yang ada nama aku dan SCRUT.
“Kajian apa ni?” bisik hati aku.
Rupa-rupanya kajian politik yang diterima masuk ke dalam Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies yang menggunakan nama SCRUT dan aku sebagai rujukan.
Selain itu, mungkin pengkaji terinspirasi dengan dapatan kajian SCRUT dan pandangan aku dalam politik. Walaupun jurnal tersebut, bukanlah berimpak tinggi, namun data dan dapatan SCRUT nampaknya diiktiraf oleh ahli akademik dan kajian akademik.
Aku lihat dapatan SCRUT dirujuk berkali-kali. Nama SCRUT dan Interepo (www.interepo.com) diulang-ulang. Rasa macam nak tergelak pun ada. Projek yang asalnya dibuat sekadar suka-suka, bukan sahaja telah menolong ramai rakyat marhaen, ahli akademik juga menjadikannya rujukan.
Aku berdoa dan berharap, suatu hari nanti, semua rakyat Malaysia akan membudayakan amalan #SCRUTdulu, #evidencebased dan #mindaskeptikal. Semoga negara kita terus makmur!