SURAT TERBUKA BUAT #TAIKPOLITIK

S

#TaikPolitik – Walanon dan walaun, Wall ini tidak akan entertain permintaan korang.
Bila aku cuit Saddiq, ada walaun suruh aku SCRUT gang Umno/PKR/MB Selangor.

Bila aku cuit Rara, ada walanon suruh aku SCRUT pula lebai-lebai PAS/menantu Din Pagoh/Haji Hadi.

Aku faham korang adik beradik #TaikPolitik ni sentap bila tokoh muda korang aku cuit. Tapi, kan apa yang aku katakan itu fakta. Kan?

Tak suka? Swipe. Scroll je. Atau block je. Wall aku bukanlah apa sangat pun. Tak wajib pun untuk kau ziarah.

Cumanya, wall aku ini tidak membenarkan kebodohan atau melihatkan korang bodoh. Wall aku ini untuk #NonPartisan yang bijak pandai.

Kalau nak komen, masa aku cuit side sebelah lain, korang komen lah. Macam korang #NonPartisan. Kalau masa aku cuit side sebelah korang, korang ignore lah.

Ya, aku dah warning siap-siap dalam profile description. Aku akan block #TaikPolitik. Bukan sebab aku benci. Tapi sebab saja nak block.

Haha. Sebab aku tau #TaikPolitik akan sakit hati lepas kena block. Aku boleh biarkan korang bertekak, engagement pun naik.

Tapi itu bukan aku. Aku tak minta engagement jenis macam tu. Takpalah, ini wall aku, style aku, rules aku. Facebook sediakan button block kan?

Wall ini terbuka, sebagai mana wall korang. Tapi ini wall aku. Aku rasa nak block, aku block je. Kat wall korang, korang tulislah apa korang nak tulis.

Korang taknak block. Itu masalah korang. Style korang. Aku style aku. Lagipun, korang takkan lebih bahagia pun baca wall aku. Kan?

Kadang-kadang aku saja tinggalkan seorang 2 untuk aku buat contoh betapa bodohnya #TaikPolitik, walanon atau walaun. Itu kira luck korang lah.

Korang boleh maki aku apa pun. Sikit pun aku tak pernah kisah. Aku akan terus tulis apa aku suka. Kalau aku langgar undang-undang, buat laporan ke agensi kerajaan yang sepatutnya. Kalau aku memfitnah, saman aku.

Aku bukan tak pernah kena semua tu. Semua aku hadap je. Takdalah aku minta derma, tutup akaun Facebook, meroyan buat ayat-ayat sedih. Aku jalan terus.

Aku ada kerja, aku tak minta duit korang. Korang tu yang beriya-beriya pertahan #Taik korang tu, dapat apa? Rara buat bekam percuma untuk korang? Saddiq belanja korang basikal?

Aku simple. Aku rasa aku nak SCRUT sesiapa, aku akan buat. Ikut suka aku. Tapi kalau nak suruh-suruh aku, bayar je. Once kau bayar aku, kau client aku. I will do it for you.

#TaikPolitik faham tak? Kadang-kadang aku kasihan tengok diorang ni. Bila click profile diorang hidup pun tak semengah lagi. Tapi sembang berdegar.

Aku sampai hari ini tertanya-tanya, yang jadi #TaikPolitik ni beriya-beriya sangat untuk politkus diorang dapat apa sebenarnya? Ada sesiapa boleh jawab?

Tapi kenapa masa aku cuit Adam Adli macam tak ramai walanon hadir? Walanon ni banyak pro Rafizi ke? Korang fan Fahmi Zainol ke?

😛

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.