SYIARKAN DOSA/KESALAHAN ADALAH KEJAHATAN DAN KEBODOHAN YANG NYATA!

S

Dalam hidup ini, tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan. Sama ada kesalahan syarie atau kesalahan undang-undang.

Mungkin tiada orang yang tidak pernah TIDAK melanggar lampu merah. Tiada orang yang tidak pernah TIDAK memandu lebih had laju.

Untuk era post covid ini pula, mungkin ada saja di kalangan kita yang melanggar SOP atau menipu pihak berkuasa dengan memanipulasikan polisi kerajaan.

Aku percaya, ramai saja di kalangan kita yang merentas negeri atas alasan bekerja dengan permit kerja, sambil menyelam mesti kita minum air lah.

Sebagai contoh, menggunakan permit untuk bekerja untuk berjalan dan berbulan madu. Menipu mendapatkan permit itu sudah satu kesalahan, mensyiarkan kesalahan itu dalam sosial media adalah kebodohan, dan bergembira dengan kesalahan tersebut adalah kesombongan.

Yang lebih jijik lagi, ada yang dah kantoi tapi terus menerus mendongak langit dan mendabik dada. Ini sangat melampau! Ia benar-benar mencabar pihak berkuasa dan rakyat marhaen.

Akhirnya, disebabkan kebodohan mereka, orang lain yang menjadi mangsa. Mereka mengilai-ngilai ketawa melihat kebodohan masyarakat yang memuji dan memuja mereka. Mereka sorok lidah dan tanduk syaitan disebalik kopiah dan niqab.

Setan betul puak-puak ni!

Harap pihak polis benar-benar ambil tindakan!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.