TAHNIAH MAJLIS FATWA NEGERI TERENGGANU KERANA MEMFATWAKAN KESESATAN AJARAN MOHIB KHOULI!

T

1. Mohib Kouli ialah seorang pendatang, lebai wahabi daripada Syiria. Dia sembang dia ikut sunnah, fighter, tapi lari dari perang, stay sana la, lawan! Dah kenapa duk Malaysia?

2. Dia fasih berbahasa Arab dan Melayu. Orang kita ni, asal orang luar fasih bahasa kita, terus angkat sokmo.

3. Dia juga saudagar bakhoor di Terengganu/Kelantan.

4. Seorang antivaksin tegar dan penunggang agama. Dia juga pernah mengkritik majlis agama negeri Perlis perihal vaksin dan tatacara menghadapi covid.

5. Dia sibuk nak mengajar agama, tapi ilmu usul fiqh dan hadis -nya dilihat sangat lemah.

6. Dalam debat dengan Dr. Rozaimi, nampak sangat jelas kelemahan ilmu usul fiqh dia. Selain itu, ilmu sains juga ke laut. Pantang aku lebai mandai-mandai bab sains ni!

7. Selepas aku mengikuti 2,3 slot kuliah dia. Aku rasa banyak ajaran dia yang tak kena, ada bau-bau ideologi ekstrimis dan khawarij.

8. Telahan aku tepat, beberapa tempoh waktu, dia telah menghina Imam Abu Hanifah rahimahullah. Sehingga GASMA (Gabungan Asatizah Ahlussunnah Malaysia) berlepas diri daripada dia.

9. Dia juga pernah dijemput memberi ceramah/khutbah di Akademi Al-Khayr. Siapa jemput? Birds of a feather flock together kan?

10. Dulu aku pernah cadangkan laporan polis dibuat ke atas si Mohib ni dan minta dia dihantar balik ke Syiria. Pergi sana, lawan kerajaan sana. Jangan buat riuh kat Malaysia.

11. Alhamdulillah, hari ini jelas. Sempena ajaran Mohib dah difatwakan sesat, aku nasihatkan dia untuk pulang ke Syiria, berjuang di sana. Kalau nak duduk Malaysia, jual bakhoor saja.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.