Baraka Allahu lakuma Wa baraka ‘alaikuma Wa jama’a bainakuma fil khair.
Selamat pengantin lagi dan semoga bahagia dan diberkati di dunia dan di akhirat.
Kawan-kawan yang mengenali aku pasti tahu aku ni orang yang malas nak pergi apa-apa majlis formal, lebih-lebih lagi yang ada dress code.
Hatta kawana-kawan baik pun aku tak pergi kalau aku tengok ajak-ajak ayam je. Pernahlah tahun ini kawan baik aku mengamuk sebab aku tak tekan RSVP dia. Haha!
Rasanya ramai yang tahu hubungan aku dan Kak Dib bermula dengan kritikan keras aku, kemudian berforum di Wacana Sinar. Akhirnya kami bertemu di rumahnya.
Aku ni, kalau orang baik dan rasional. Aku biasanya akan mengalah. Aku rasa Kak Dib sangatlah rasional dan berhati besar. Dari situ kami memulakan persahabatan.
Last week Kak Dib hantar RSVP majlis perkahwinan dia. Aku tanya, ni ajak-ajak ayam ke ajak betul-betul. Dia jawab,
“Oi, nak kena penampor ke? Akak sendiri yang jemput ni!”
Maka aku rasa dia sangat serius. Maka, aku pun click-lah RSVP untuk hadir.
Hari ini aku hadir memenuhi jemputan Kak Dib. Lauk pauk Nismilan memang padu.
Thanks Kak Dib sebab jemput saya yang marhaen. Harap persahabatan kita berkekalan dan akak terus kuat melawan arus untuk mengangkat hak OKU.
Selagi akak berada di landasan yang betul, kami semua akan tetap menyokong penuh akak walau di mana jua anda berada..