1. #TaikPolitik tidak boleh memberi ruang kita menjadi warga yang jiwa merdeka.
2. #TaikPolitik tidak akan membenarkan kita jadi non-partisan.
3. #TaikPolitik tidak akan mengizinkan kita mengkritik kolam najis (parti) mereka.
4. #TaikPolitik tidak akan boleh terima kita cuit jamban (politikus/tokoh) mereka.
5. #TaikPolitik tidak boleh telan penipuan jamban mereka didedahkan.
Jadi, mereka akan cop kita. Fdaus Ahmad tu BN/PN lah. Aliff Ahmad tu Umno/Pas/Bersatu lah tu. Nik Izwan Kamel dan semua kawan-kawan aku pun dicop dengan logo politik. Sama ada kau PN, BN, atau PH. Walhal kami semua bukan ahli mahupun penyokong mana-mana gagasan politik.
Time aku bongkar kekayaan Zahid Hamidi, masuk #TaikZahid bin #TaikUmno bin #TaikBN bin #TaikPolitik cop aku PH atau PN.Bila aku membongkar penipuan-penipuan Rafizi Ramli, #TaikRafizi binti #TaikPKR bin #TaikPH bin #TaikPolitik cop aku BN atau PN.
The list will go longer and longer. Aku pernah kena cop DAP dulu masa PRU lepas. Pernah dikafirkan kerana keluar jemah tabligh. Dan macam-macam hal lagi.
So, aku parti apa? Aku takda parti. Aku kritik isu, aku kritik individu. Yang salah, aku kena bagitau salah. Jangan menipu rakyat dan membodohkan masyarakat.Kita kena ingat, pengundi diam dan atas pagar ni penentu menang kalah. #TaikPolitik ni kita dah tau dia akan undi mana. Boleh masuk dalam bell curve dah. Yang tak masuk ni jagalah sikit.
Semalam, ada satu akak ni mesej aku, dia cakap,
“Akak mula-mula nak undi PH, tapi tengok #TaikRafizi duk kecam Aliff, akak rasa dah taknak undi PH. Aliff suggest akak, PN ke BN?”
Aku jawab mudah,
“Akak undi je apa yang akak percaya, parti diorang tak salah, diorang je yang jadi #Taik. Akak juga boleh undi ikut calon.”
Setiap daripada kita ada kecenderungan mengikut keadaan dan masa waktu itu. PRU lepas kita undi PH, mungkin PRU ni kita untuk PN, PRU depan BN.
#TaikPolitik jangan ajak orang lain jadi #TaikPolitik. Biarkan kami bebas dan enjoy memilih. Ya, aku tau korang bosan sebab rigid. Kami enjoy tibai dan peluk mana-mana tokoh dalam sesebuah parti.
Aku kritik Rafizi. Tapi aku Anwar Ibrahim. Aku menyampah Guan Eng, tapi aku suka Marina.Ibrahim. Aku tak suka Zahid, tapi aku nampak masa depan dengan Tokmat. Aku tak minat Mukhriz, tapi aku suka Tun M. Aku tak favor PAS, tapi aku kagum dengan Haji Hadi.
Inilah keindahan jadi non-partisan. Boleh berlawan dan berkawan. Ada macam-macam warna warni dalam dunia politik kita. Ibarat rama-rama yang berterbangan bebas, mencari madu yang manis, bukan tahi yang membusuk mengering di satu tempat sahaja.
Jangan buat kami benci parti korang tau!