TAK PAYAH BACKTEST?

T

“Bro, ada cikgu saham tu cakap takyah backtesting, testimonial cukup. Kalau nak backtesting, masuk kelas dia..”

Aku jawab mudah,

“Kau nak percaya dia pun boleh, taknak percaya pun takpa. Aku tak rugi apa pun. Duit kau. Dia kan pakai coat dan tie, takkan dia nak menipu kan? Haha..”

Begitulah dunia, bila diajar ilmu menapis fakta, mereka yang terkesan akan pusing-pusing cerita. Macam ketika SCRUT muncul. Menggelabah segala penjual kereta recond. Nak check SCRUT tak wajib, tapi kalau kau buat, kau boleh tahu condition sebenar. Itu pilihan kau. Aku educate dan bagi platform.

Begitu juga hal kelas-kelas business, saham, itu dan ini. Ia tetap perlu ditapis. Scammer memang selama ini pakai coat dan tie. Mana ada scammer pakai seluar cerut tak sembang kaya cam aku. Tapi aku memang tak kaya. Tak mampu beli suit macam diorang.

Anyway..

Backtesting adalah mimpi ngeri kepada segala scammer. Dengan backtest kita dapat mengetahui samada system/teknik/method dia works or not. Itu sahaja. Produk dia betul mujarab atau tidak.

Sebenarnya backtest ini adalah methodology sains dan amalan normal mereka yang berakal. Mereka yang menolak backtest ini biasanya scammer. Dia tahu bila dibuat backtest, dia akan fail. Sebab itu dia tak berani.

Seperti penjual product overclaim psuedoscience, mereka tidak berani membawa produk mereka untuk ke clinical trial. Clinical trial ibarat backtesting. Apa mereka buat untuk tunjukkan product mereka berjaya?

1. Pakai coat/blazer dan tie.
2. Tabur testimonial.

Seperti yang telah diulang sebut, testimonial adalah tahapan yang paling rendah dan paling sampah dalam kajian saintifik. Janganlah menghina akal dengan testimonial.

Seperti founder kosmetik timbang kilo, mereka suruh beli dulu dan try. Begitu juga guru-guru saham ni. Dia suruh kau masuk kelas dulu. Dia suruh kau bayar dulu bila kau minta data dan fakta dari mereka.

Kalau kau taknak orang minta buat backtesting, minta data dan fakta. Jangan berbohong. Jangan sembang kencang. Jangan jual product sampah. Tapi kalau barang kau memang betul baik, kenapa takut nak bagi fakta dan data, test yang diminta.

Unless kau memang penipu barangkali. Menolak permintaan untuk pembuktian adalah perbuatan yang insult intelligence.

Berhati-hatilah..

ps : Screenshot di bawah ditunjukkan oleh kawan aku. Aku tak kenal dia. Tengok wajahnya soleh, pakai coat dan tie. Takkanlah dia seorang penipu kan?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.